Lexus ES dan UX 2019 bakal dipamer di KLIMS 2018

Lexus ES dan UX 2019 bakal dipamer di KLIMS 2018

Dalam majlis bersama pihak media malam tadi, Lexus Malaysia mengumumkan bakal mempertontonkan model ES dan UX di Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) yang bakal berlangsung hujung bulan hadapan. Sedan eksekutif dan SUV premium kompak adalah model penting bagi jenama mewah Jepun ini, jadi memberikan peluang kepada pasaran tempatan untuk melihatnya secara lebih dekat.

Bagi model ES, ia menggunakan platform Global Architecture – K (GA-K), iaitu versi Toyota New Global Architecture (TNGA) bagi Lexus, malah ditampilkan dengan rekaan yang lebih sporty dengan dimensi 66 mm lebih panjang, 46 mm lebih lebar tetapi kurang lima milimeter untuk ketinggiannya – memberikan bentuk sedan yang lebih menarik.

Di dalamnya, ia mengikut aturan yang sama dengan LC Coupe dan LS SEdan baharu, dengan papan pemuka yang melunjur dan paparan tengah yang besar disambungkan pula dengan versi terkini antara muka Lexus Remote Touch. Elemen baharu termasuk (untuk Jepun sahaja) Digital Outer Mirror dengan kamera pandangan-sisi – yang pertama di dunia – serta Lexus Safety System+ untuk bantuan pemandu dan teknologi pemanduan semi-sendiri.

Lexus ES dan UX 2019 bakal dipamer di KLIMS 2018

Pilihan enjin untuk pasaran global termasuk 3.5 liter suntikan-terus petrol V6 (300 hp/355 Nm) dengan padanan kotak gear automatik Direct Shift lapan-kelajuan bagi ES 350 dan 2.5 liter kitaran-Atkinson petrol-hibrid elektrik empat-silinder (205 hp) untuk ES 300h. Manakala 2.5 liter VVT-i petrol empat-silinder pula bakal diperoleh di pasaran terpilih bagi ES 250, dan mungkin akan ditawarkan di Malaysia.

Bagi UX, ia bakal bersaing dengan BMW X1 dan Mercedes-Benz GLA dalam segmen SUV premium kecil ultra-kompetitif. Ia berkongsi platform dengan Toyota C-HR iaitu Global Architecture – Compact (GA-C) dengan rekaan luaran yang lari sedikit daripada rekaan tipikal dalaman Lexus.

Kuasanya diekstrak dari enjin 2.0 liter suntikan-terus petrol empat-silinder, dengan UX 200 mampu menghamburkan 168 hp dan dipadankan bersama Direct Shift CVT. Enjin yang sama juga digunakan pada UX 250h hybrid, dipadankan dengan motor elektrik yang memberikan kuasa keseluruhan sebanyak 176 hp. Pilihan sistem pacuan semua-roda E-Four dengan satu lagi motor elektrik yang menyalurkan kuasa ke gandar belakang.

Tiada pemberitahuan tentang bilakah kedua-dua model berkenaan, namun dijangka ia bakal diperkenalkan tahun hadapan. Orang awam boleh melihat kedua-dua model berkenaan di KLIMS 2018 yang bakal berlangsung pada 26 November hingga 2 Disember 2018.

GALERI: Lexus ES di GIIAS 2018

GALERI: Lexus UX di GIIAS 2018

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required