Kementerian Kerja Raya diberi tempoh 6 bulan untuk muktamadkan rundingan mengenai kadar tol, konsesi

Kementerian Kerja Raya diberi tempoh 6 bulan untuk muktamadkan rundingan mengenai kadar tol, konsesi

Menteri Kerja Raya, Baru Bian, mengakui kementeriannya telah diberi tempoh enam bulan untuk memuktamadkan rundingan dengan pemegang taruh berhubung kadar tol dan perjanjian konsesi syarikat lebuh raya di seluruh negara. Katanya, beberapa cadangan hasil siri rundingan itu akan dikemukakan untuk penelitian selanjutnya oleh Kabinet, lapor Berita Harian.

“Mereka (syarikat konsesi) faham dengan hala tuju Pakatan Harapan (PH) dan terbuka, maka kita akan kembali ke Jemaah Menteri selepas enam bulan. Kita akan teliti sekiranya wujud ruang untuk mengkaji semula perjanjian (dengan syarikat konsesi lebuh raya yang ditandatangani sebelum ini),” katanya ketika menjawab soalan tambahan Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PH PKR-Johor Bahru) ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

Akmal meminta perincian mengenai tekad kerajaan mengurangkan bebanan kos ditanggung rakyat, khususnya menerusi penghapusan kutipan tol lebuh raya di seluruh negara seperti terkandung dalam manifesto PH. Beliau bertanyakan kesudian syarikat konsesi lebuh raya berkaitan terhadap usaha kerajaan menghapuskan tol memandangkan perangkaan terkini menunjukkan kadar kutipan melebihi kos pembinaan dan operasi.

Kementerian Kerja Raya diberi tempoh 6 bulan untuk muktamadkan rundingan mengenai kadar tol, konsesi

Menjawab soalan asal Akmal berhubung perincian perangkaan pembinaan, operasi dan penyelenggaraan, Baru menjelaskan, kos pembinaan bagi 29 lebuh raya yang masih beroperasi sehingga tamat tempoh konsesi berjumlah RM35.14 bilion.

“Kos purata tahunan bagi perbelanjaan operasi untuk 29 lebuh raya ialah RM1.7 bilion, manakala penyelenggaraan rutin dan berkala atau naik taraf, masing-masing adalah RM402 juta serta RM459 juta. Oleh itu, jumlah keseluruhan bagi kos operasi dan penyelenggaraan dianggarkan RM2.5 bilion, manakala pampasan yang dibayar dari 1990 hingga 2017 ialah RM5.109 bilion. Jumlah hasil tol dari mula operasi sehingga 2017 adalah RM74.654 bilion,” katanya.

Tanpa memberi perincian khusus, Baru berkata, tempoh konsesi bagi dua lebuh raya dijadualkan tamat dalam tempoh 10 tahun, manakala 16 yang lain dijangkakan berakhir antara 11 hingga 20 tahun. Selain itu, tempoh tamat konsesi bagi 11 lebuh raya dijadualkan melebihi 20 tahun.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required