Yamaha R15 versi ABS two channel mula dijual di India

Yamaha R15 versi ABS two channel mula dijual di India

Banyak pasaran di Asia termasuk negara kita yang telah mendapat model Yamaha R15, tetapi setakat ini masih tiada yang dilengkapi dengan brek ABS. Tapi sekarang ia telah pun diperkenalkan, dan pasaran pertama yang menerima R15 ABS ini adalah India.

Melalui model baru ini, brek cakera depan dan belakang R15 kini dilengkapi dengan sistem brek ABS two-channel, dan beratnya bertambah sedikit menjadi 142 kg daripada 139 kg untuk model biasa (kedua-duanya adalah catatan berat untuk R15 di pasaran India).

Bagi membezakannya dengan model biasa, Yamaha India turut memberikan grafik baru untuk R15 ABS ini, tetapi spesifikasi lainnya masih lagi tidak berubah. R15 dikuasakan oleh enjin satu silinder 155 cc, sejukan cecair, dengan teknologi VVA dan mampu menghasilkan kuasa sebanyak 19.3 hp dan 15 Nm tork. Padanan transmisi pula adalah unit enam kelajuan, bersama klac jenis slipper & assist secara standard.

Kelengkapan lain yang ada pada motosikal ini adalah termasuk meter jenis digital, tayar yang lebar – 100/80-17 di depan, 140/70-17 di belakang, cakera brek depan berdiameter 282 mm dan 220 mm di belakang, kerangka Deltabox, swingarm aluminium dan tangki bahan api 11 liter. R15 di India juga cuma menggunakan fork teleskopik biasa dan bukannya USD seperti di pasaran Malaysia.

Di India, R15 versi ABS ini dijual pada harga 139,000 rupee (RM8,077) dan ini bersamaan dengan peningkatan sebanyak 12,000 rupee (RM700) berbanding model biasa. Di Malaysia R15 telah dilancarkan pada bulan Julai tahun lalu dengan harga RM11,988 dan anda boleh membaca laporan tunggang uji dari kami di sini.

GALERI: Yamaha R15 pasaran Malaysia


Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required