Jalan Tuanku Abdul Rahman ditutup kepada semua kenderaan kecuali bas mulai 15 Mac ini – menteri

Jalan Tuanku Abdul Rahman ditutup kepada semua kenderaan kecuali bas mulai 15 Mac ini – menteri

Jalan Tuanku Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Jalan TAR memang menjadi tumpuan ramai untuk membeli-belah khususnya menjelang Hari Raya Aidilfitri, mahu pun cuti umum. Boleh dikatakan saban hari, Jalan TAR akan sesak tidak kira waktu.

Justeru, Kementerian Wilayah Persekutuan telah membuat keputusan sepanjang jalan terbabit (di hadapan kompleks membeli-belah Sogo dan Pertama) akan ditutup kepada semua kenderaan kecuali bas bermula 15 Mac ini, laporan Berita Harian.

Menurut menterinya, Khalid Abdul Samad, laluan sepanjang satu kilometer itu merangkumi laluan di Jalan Esfahan sehingga Jalan Melayu.

“Penutupan jalan itu dibuat bagi memberi keselesaan kepada orang awam untuk berurusan di kawasan berkenaan yang akan dijadikan tapak baharu untuk operasi bazar Ramadan. Malah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah menjalankan kajian dalam talian berhubung penutupan jalan berkenaan di mana sebanyak 57% pengguna laman sosial bersetuju dengan cadangan berkenaan,” ujarnya,

Tambahnya lagi, laluan berkenaan akan dijadikan sebagai kawasan bebas kenderaan atau ‘pedestrian mall’ yang mana pengunjung boleh berjalan kaki untuk membeli-belah tanpa perlu bersesak.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Musang on Feb 15, 2019 at 7:12 pm

    Dgn alasan traffic dgn mudahnya mereka mengumpul wang dari kesusahan org..syabas2..baik tutup terus semua jln di bandar kl..biar semua pakai public transport tak kira pangkat dan darjat..mcm tu takmo pulak buat..takot golongan bangsawan kena panas takda polis escort…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1
 

Add a comment

required

required