BMW Group Financial Services Malaysia telah menyelesaikan solusi pembiayaan baharu yang dinamakan sebagai Easy Drive untuk membolehkan para pelanggan mendapatkan akses dan fleksibiliti apabila memiliki model BMW atau MINI.

Di bawah pelan Easy Drive, terlebih dahulu pelanggan perlu memilih bayaran mula antara 10-30%. Kemudian, mereka perlu memutuskan untuk pembayaran pinjaman antara tiga atau empat tahun, dengan pilihan perbatuan tahunan antara 20,000 atau 25,000 km.

Dari situ, pembiayaan bulanan akan dikira dan nilai masa depan kereta yang dijamin akan dipersetujui dan ditandatangani untuk melindungi pelanggan daripada susut nilai yang tidak dijangka, dan berfungsi sebagai nilai pembayaran akhir.

Kemudian pelanggan boleh terus menggunakan kereta (sementara membayar ansuran) sehingga tamat tempoh, di mana mereka akan diberikan beberapa pilihan penyelesaian. Ini termasuk jual-beli kereta dan juga menukar kepada model BMW atau MINI yang lain; memulangkan kereta tanpa sebarang bantahan, menyelesaikan bayaran akhir dan membeli kereta secara langsung atau melanjutkan tempoh kontrak mereka.

Bagi yang ingin menambah faedah yang lebih bernilai, boleh memilih untuk membayar kos tambahan sebanyak RM110 dalam ansuran bulanan untuk Easy Drive Prime. Dengan itu, pelanggan akan menikmati dua tahun bagi penjagaan dalaman dan luaran kereta dan pakej Premium Mobility yang termasuk dengan peranti SmarTAG (dengan kad TnG) dan cenderahati BMW Lifestyle Collection.

Mereka juga layak untuk mendapatkan perlindungan Ultimate Protection Programme Elite selama tiga tahun, yang melindungi pemandu dan kenderaan mereka untuk bantuan khas, calar, pelindungan pampasan banjir dan banyak lagi. Perlindungan ini disediakan oleh
Allianz General Insurance Company.