Honda Civic Type R FK8 dinilai PDRM – ganti Mitsubishi Lancer Evo X sebagai Helang Lebuhraya?

Honda Civic Type R FK8 dinilai PDRM – ganti Mitsubishi Lancer Evo X sebagai Helang Lebuhraya?

Semalam tersebar satu gambar Honda Civic Type R FK8 dengan grafik badan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), dibawa oleh sebuah lori pengangkut, apa cerita sebenarnya? Adakah ia bakal menggantikan peronda berprestasi tinggi pasukan berkenaan atau dikenali sebagai ‘Helang Lebuhraya’ menggantikan Mitsubishi Lancer Evo X sebelum ini?

Kami berjaya mendapatkan berberapa imej yang lebih jelas, dan menerusi apa yang kami tahu kereta ini masih lagi milik Honda Malaysia, tetapi ia kini sedang diuji oleh pihak PDRM sebelum membuat keputusan bagi menggunakannya sebagai senjata baharu mereka.

Sekitar sepuluh tahun lalu, PDRM membeli 25 unit Lancer Evolution X bagi kerja-kerja mengejar dalam kelajuan tinggi seperti kes-kes mencuri kereta, menculik dan juga merampas kenderaan. Kesemua pemandu Helang Lebuhraya tersebut juga diberikan latihan khas bagi membolehkan mereka memandu jentera berprestasi tinggi tersebut dengan berkesan.

Jika PDRM bersetuju untuk membeli Civic Type R FK8 ini, mereka bakal mempunyai jentera dengan bekalan kuasa 310 PS pada takat 6,500 rpm dan tork maksima 400 Nm dari enjin 2.0 liter VTEC Turbo, memacu roda hadapan dengan kotak gear manual enam-kelajuan.

Buat masa ini, PDRM telahpun menerima 15 unit SUV Mitsubishi Outlander 2.4 yang disumbangkan oleh syarikat konsesi lebuhraya PLUS tahun lalu bagi digunakan sebagai Peronda Lebuhraya (EMPVs). Selain Lancer Evo X, PDRM juga sebelum ini mempunyai berberapa lagi peronda lebuhraya yang sangat cool seperti Proton Satria GTI dan juga wagon turbo Volvo 850 T5.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • M Ridzuan on Feb 20, 2019 at 3:35 pm

    Bagi aspek teknologi terkini dan kereta berprestasi tinggi, kereta Honda Type-R ini sangat dialu-alukan, menggantikan model Mitsubishi Evo yang telah sedekad berkhidmat dengan PDRM. Ia bagaikan satu suntikan baru bagi menaikkan imej PDRM dan Malaysia. Perlu dipertegaskan di sini ialah kemudahan servis dan khidmat lepas jualan bagi model ini. Difahamkan Logi pengeluarannya terletak di Swinden , England. Baru-baru ini Kerajaan Britain telah melancarkan Brexit, iaitu Britain ingin keluar dari Kelompok Negara EU, (Kesatuan Eropah) Alatganti bagi kereta Honda Type-R ini dibekalkan sebahagiannya oleh negara EU. Masalah kelewatan dan kesukaran mendapatkan alatganti akan hanya menjadikan Projek Kereta ini sebagai GAJAH PUTIH, dan akhirnya akan tersadai dan tidak dapat dioptimumkan penggunaaannya. Jika isu ini tidak timbul, saya amat mengalu-alukan pembelian kereta ini. Jangan BAZIRKAN wang Rakyat!

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 1
 

Add a comment

required

required