Mitsubishi Malaysia lancar pusat 3S baharu di Cheras

Mitsubishi Malaysia lancar pusat 3S baharu di Cheras

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah pun melancarkan pusat 3S terbaharu di Cheras, Kuala Lumpur. Dengan kos pelaburan sebanyak RM800 ribu, pusat 3S yang terletak di No.70, Jalan Midah 1 ini dikendalikan oleh Evatrend yang merupakan pengedar bertauliah Mitsubishi. Ia disasarkan untuk pelanggan Mitsubishi yang berada di sekitar Cheras dan kawasan berhampirannya termasuk Kajang dan Semenyih.

Dibangunkan di kawasan seluas 4,908 kaki persegi, pusat 3S baharu ini dilengkapi dengan ruang baik pulih kenderaan yang memiliki peralatan diagnostik termaju dan juga Special Set Tools (SST) untuk menyelenggara kenderaan Mitsubishi.

Dalam majlis pelancarannya yang berlangsung pagi tadi, CEO MMM Tomoyuki Shinnishi berkata, “Mitsubishi Motors Corporation (MMC) di Jepun baharu sahaja melancarkan tagline global baharu, ‘Drive your ambition’, dan ia melambangkan komitmen kami dalam memberikan nilai dan aspirasi terhadap para pelanggan kami. Malah ini juga merupakan bilik pameran Mitsubishi pertama di Malaysia yang menampilkan identiti korporat terbaharu ini.”

Mitsubishi Malaysia lancar pusat 3S baharu di Cheras

“Pusat 3S kami ini terletak di kawasan yang cukup strategik di Cheras. Sebagai pengedar Mitsubishi Motors, kami bukan setakat komited dalam mempromosikan kereta yang terbaik, bahkan bersedia memberikan perkhidmatan selepas jualan yang berorientasikan pelanggan,” ujar Pengerusi Siang Hin Group, syarikat induk bagi Evatrend, Low Foi.

Dengan pembukaan pusat 3S ini, kini MMM sudah memiliki 53 bilik pameran (47 daripadanya ialah pusat 3S), dan 52 pusat servis di seluruh Malaysia. Manakala di Malaysia Timur pula, MMM mempunyai 14 bilik pameran iaitu enam di Sarawak dan lapan di Sabah.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required