Proton Persona 2019 vs Perodua Bezza: kami banding kos servis bagi tempoh lima-tahun atau 100,000 km

Ketika taklimat media berkaitan Proton Persona 2019, Proton memaklumkan bahawa bagi tempoh lima tahun, kos penyelenggaraan Persona ialah RM3,051.91 bagi servis berjadual, kurang 32% berbanding kos servis bagi Perodua Bezza dengan RM4,287.71. Ini menyebabkan Perodua tampil memberikan kenyataan balas, dengan memaklumkan bahawa angka berkenaan tidak tepat dan mengelirukan.

“Angka yang dinyatakan itu tidak tepat kerana perbandingan yang dilakukan tidak setara. Kos servis Proton Persona mengambil kira kos bagi servis berjadual seperti yang terdapat di dalam manual pemilik, sedangkan kos yang dinyatakan bagi Bezza itu dikira berdasarkan kos penyelenggaraan pencegahan (ditawarkan sebagai pilihan) berbanding kos servis berjadual yang sama,” jelas Pengarah Urusan Perodua Sale, Datuk Zahari Husin.

Perkara ini menimbulkan minat ramai orang untuk mengetahui kos servis sebenar yang setara bagi kedua-dua model terbabit. Jadi, kami selidik angka-angka rasmi dari laman web kedua-dua pengeluar berkenaan dan lihat apa yang boleh diperhatikan dari situ.

Proton Persona 2019 vs Perodua Bezza: kami banding kos servis bagi tempoh lima-tahun atau 100,000 km

Bagi Persona, ia hanya hadir dengan enjin 1.6 liter, dengan pilihan gear manual lima-kelajuan atau CVT. Perbandingan paling hampir dengan Bezza ialah dari varian enjin 1.3 liter, yang ditawarkan dengan kotak gear manual lima-kelajuan atau automatik empat-kelajuan. Sekadar untuk maklumat tambahan, kami sertakan sekali versi Bezza 1.0 liter – walaupun bukanlah untuk tujuan perbandingan sebenar.

Bagi tempoh lima-tahun atau 100,000 km, Bezza kelihatan seperti lebih mahal untuk diselenggara berbanding Persona, tidak kira jenis kotak gear yang digunakan. Hairan? Untuk memahami perkara ini dengan lebih lanjut, mari kita lihat senarai setiap satu barangan yang terlibat bagi kedua-dua model ini.

Pertama sekali, Bezza menggunakan minyak enjin berkelikatan lebih rendah (0W-20) berbanding Persona (10W-30), yang datang dengan harga sedikit lebih tinggi. Enjin 1NR-VE empat-silinder pada Bezza 1.3 menggunakan palam pencucuh Iridium yang perlu ditukar pada setiap 50,000 km dan 100,000 km, dengan kos RM220.40 sekali tukar. Persona pula tidak menggunakan palam pencucuh Iridium, dan walaupun ia perlu ditukar lebih kerap (setiap 30,000 km), menggantikannya hanya menelan kos RM51 sekali tukar.

Proton Persona 2019 vs Perodua Bezza: kami banding kos servis bagi tempoh lima-tahun atau 100,000 km

Berikutnya, kami juga perasan yang Bezza memerlukan penukaran minyak kotak gear pada 40,000 km dan 80,000 km; ini hanya perlu dilakukan sekali sahaja untuk Persona, iaitu pada 100,000 km. Perkara yang sama juga bagi coolant radiator, ia perlu ditukar lebih kerap untuk Bezza (40,000 km dan 80,000 km) berbanding Persona (90,000 km sahaja).

Servis berjadual Bezza juga memerlukan penapis udara ditukar setiap 30,000 km, tetapi ini tidak perlu dilakukan oleh Persona. Perlu juga dinyatakan bahawa enjin Bezza menggunakan “timing chain” dan bukannya “timing belt” dengan tiada penukaran diperlukan bagi 100,000 km, berbanding Persona yang perlu melakukan penukaran itu pada 100,000 km.

Perodua juga menawarkan penyelenggaraan pencegahan seperti servis major bagi sistem pendingin hawa, serta penjajaran, imbangan dan rotation tayar. Ini termasuk di dalam penyelenggaraan berjadual, walaupun itu sebenarnya merupakan pilihan sebahagian daripada Pakej Pro Care yang ditawarkan untuk pelanggan Perodua.

Proton Persona 2019 vs Perodua Bezza: kami banding kos servis bagi tempoh lima-tahun atau 100,000 km

Sekiranya anda tidak ingin menjalankan penyelenggaraan pencegahan ini, seperti penyelenggaraan berkaitan tayar (hanya di cawangan terpilih) bagi setiap 20,000 km, anda tidak perlu membayar RM245 sepanjang tempoh pemilikan 100,000 km itu. Begitu juga sekiranya anda tidak mahukan servis pendingin hawa bagi pada 60,000 km, anda akan jimat lagi RM144.

KEMASKINI: Perodua telah menjelaskan kepada kami bahawa beberapa barangan yang tersenarai dalam servis penuh berkaitan sebenarnya ditawarkan sebagai pilihan (sebahagian daripada program servis pencegahan Pro Care) dan tidak wajib ditukar seperti dinyatakan dalam buku manual pemilik. Ini termasuk yang perlu ditukar lebih kerap, seperti palam pencucuh setiap 50,000 km (hanya penukaran setiap 100,000 km sahaja yang wajib) serta penapis udara dan bendalir brek pada 20,000 km dan 60,000 km (ini hanya wajib ditukar pada perbatuan 40,000 km dan 80,000 km).

Tanpa mengambil kira penukaran pilihan ini – termasuk jajaran tayar dan servis penuh pendingin hawa – kos penyelenggaraan asas bagi Bezza 1.3 AT (mengikut buku servis) menjadi RM3,095.38 bagi lima tahun/100,000 km, sepadan dengan angka yang dikeluarkan oleh Perodua. Ini hanya RM43.47 lebih berbanding kos pada Persona, atau perbezaan sekitar 1%.

Proton Persona 2019 vs Perodua Bezza: kami banding kos servis bagi tempoh lima-tahun atau 100,000 km

Tanpa memasukkan penyelenggaraan pencegahan yang ditawarkan sebagai pilihan itu dengan kos keseluruhan RM389, Bezza 1.3 AT memerlukan kos servis RM3,861.91 bagi tempoh lima-tahun atau 100,000 km (atau RM3,733.03 bagi Bezza 1.3 MT). Angka ini masih lagi lebih tinggi jika dibandingkan dengan kos Persona masing-masing sebanyak 26.61% dan 31.35% – tetapi perlu juga mengambil kira senarai barangan bagi Bezza yang tidak tersenarai untuk Persona.

Ambil maklum juga kepada beberapa faktor yang tidak dipertimbangkan di sini, seperti penggunaan minyak atau brake pad, penyerap hentak, bateri dan tayar yang sudah tentu akan berbeza di antara dua model tersebut – bagi sepanjang tempoh pemilikan yang dinyatakan ini.

Jadi inilah dia perbezaan kos servis antara Perodua Bezza dan Proton Persona 2019. Semua pemerhatian kami ada dinyatakan di sini. Bagaimana pula pandangan anda? Semua angka ini adalah dari apa yang diperoleh menerusi laman web rasmi kedua-dua pengeluar ketika artikel ini ditulis; harga sebenarnya boleh jadi berbeza.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • Kos persona lagi mahal… kereta kuat makan minyak petrol…timing belt pun mahal tak masuk upah lg… saya pakai bezza …sangat p uas hati….sesuai dgn namanya kereta cekap tenaga.

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 17
    • Alson on Mar 20, 2019 at 12:01 am

      Kos pemilikan & Kos penyelenggaraan berbeza bro.. Persona 1.6L Varian standard lebih murah berbanding Bezza 1.3L advance.. Kos penyelenggaraan Persona 1.6L standard juga jauh lebih rendah berbanding Bezza 1.3L..

      Like or Dislike: Thumb up 10 Thumb down 7
  • Alson on Mar 20, 2019 at 12:45 am

    Pertama.. Kos penyelenggaraan minyak enjin setiap 100k km Persona 1.6L jauh lebih rendah berbanding Bezza 1.3L (tidak mengambil Kira jenis minyak.. 100k km Vs 100k km)
    Kedua.. Kos penyelenggaraan palam pencucuh setiap 100k km Persona1.6L jauh lebih murah berbanding Bezza 1.3L..
    Ketiga.. Kos penyelenggaraan kotak gear setiap 100k km Persona 1.6L juga lebih murah berbanding Bezza 1.3L..
    Keempat.. Kos penyelenggaraan radiator untuk setiap 100k km Persona 1.6L jauh lebih murah berbanding Bezza 1.3L..
    Kelima.. Kos Penyelenggaraan penapis udara untuk setiap 100k km Persona 1.6L juga lebih murah berbanding Bezza 1.3L..
    Keenam.. Timing belt Vs timing chain.. timing belt Persona 1.6L perlu ditukar setiap 100k km(anggaran Kos rm200 jingga rm300).. Timing chain Bezza 1.3L tidak perlu ditukar setiap 100k km.. Kos = rm0 (hanya perlu ditukar apabila rosak/berbunyi bising.. Kos rm1k jingga 2k.. mungkin lebih, bergantung upah pakar)

    Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0
  • Zul Serena on Mar 20, 2019 at 3:57 pm

    saya peminat kete proton, dan saya dah pakai iriz selama 4 tahun lebih hingga skrg.. bagi saya kete proton ni, handling dia mmg best !! tapi……. habis je warranty ! haha… radio rosak ! seb baik power window life warranty.. 4 thn pakai dah rosak.. tapi tempoh menunggu agak lama.. benda penting tu… kena angkat cermin tu pakai tangan.. haha.. kelakar kan… yg dalam warranty 3 thn pulak… bearing dekat roda depan rosak… hmmm… pelik kan… nak tukar kena dua2 belah tukar.. tempoh tggu barang pun agak lama jugak.. di pendek kan citer… kualiti proton tu agak mengecewakan jugak la.. walau kete tu bagus dan saya mmg peminat proton.. hehe…

    dan saya ada axia juga… tapi adik pakai.. baru pakai setahun.. bab minyak mmg best…. save giler… nak servis pun tak la payah sgt… cuma harga dia boleh tahan gak la.. customer service dia pun santai… tak mcm proton… janji nak call semula… haram smpi kesudah tak call2… baik dari protoncare sekali pun.. janji nak call… mmg tak la…

    kesimpulannya… pusat service tu yg memain peranan penting sesebuah kereta itu…

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 1
  • Bruce on Mar 21, 2019 at 12:07 am

    Proton is different already, we should support who tell the truth

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 3
  • Wander on Jun 03, 2019 at 1:22 am

    Sy pakai proton gen2 11 tahun, bezza 2 tahun, service centre produa lg memuaskn

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 1
  • Mohamad on Jun 15, 2019 at 1:00 pm

    Saya beli persona manual April 2017……Ada baucer percuma..untuk servis.Masalahnya kaunter servis tak cerita minyak enjin untuk 5k atau 10k. Dalam buku sevis tulis minyak untuk 10k.Rupanya minyak kereta saya yabg ditukar untuk 5k. Nasib baik enjin tak apa2 tapi sampai 8k baru saya tukar minyak enjin.pada 4 Mei 2019 malam….bearing tayar belakang kiri pecah….sangat tak poas hati…kereta baru 2 tahun..fikirlah jika ini jadi pada anda …nak rekomen proton….

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 4
 

Add a comment

required

required