Benarkah butang penghidup enjin perlu ditekan tiga kali bagi mengelakkan kerosakan komponen enjin?

Benarkah butang penghidup enjin perlu ditekan tiga kali bagi mengelakkan kerosakan komponen enjin?

Saya tidak pasti, sama ada tahun lalu atau dua tahun sudah tular berkenaan video ‘cara sebenar menghidupkan enjin menggunakan butang penghidup enjin’ yang mengatakan bahawa anda perlu menghidupkan enjin dengan cara menekan tiga kali butang tersebut.

Maksudnya, ketika anda masuk ke kereta, anda perlu menekan sekali pada butang tersebut tanpa memijak brek bagi membuka kunci stereng, kemudian tekan sekali lagi bagi menghidupkan aksesori (ACC), akhir sekali pijak pedal brek dan tekan butang berkenaan bagi menghidupkan enjin.

Menurut video tersebut, perkara ini perlu dibuat bagi mengelakkan kotak komputer enjin anda rosak dengan lebih cepat. Selain dari video ini, terdapat juga kicauan yang tular di laman sosial Twitter menyatakan perkara yang sama. Persoalannya, benarkah ini cara sebetulnya untuk anda menghidupkan kereta menggunakan butang penghidup enjin? Atau ia sekadar mitos semata-mata?

Perkara ini sebenarnya sudahpun timbul sebelum wujudnya sistem Keyless entry ini. Pertama kali saya dengar tentang perkara ini ketika masih menuntut di institut kemahiran tempatan, di mana dianjurkan untuk menghidupkan enjin hanya setelah lampu ‘check engine‘ padam. Teori ini menyatakan bahawa ia perlu dilakukan bagi mengelakkan kotak komputer ‘terkejut’ ketika semua sistem diperiksa sendiri oleh komputer ketika mula menerima bekalan elektrik.

Benarkah butang penghidup enjin perlu ditekan tiga kali bagi mengelakkan kerosakan komponen enjin?

Mungkin ada kebenaran berkenaan teori ini, dan mungkin tidak kerana masih lagi belum ada bukti kukuh atau penemuan kotak komputer enjin yang rosak kerana pemiliknya tidak menunggu sehingga lampu tersebut padam sebelum enjin dihidupkan. Lagipun, ini sebenarnya adalah cerita untuk sistem-sistem suntikan bahan api elektronik yang awal pada era lewat 80’an dan awal 90’an.

Sistem suntikan bahan api elektronik pada kereta moden dibekalkan dengan kotak komputer yang jauh lebih laju dari era berkenaan. Berapa laju? Bagi nak mudah faham, anda tengok berapa beza laju komputer desktop era cakera liut (floppy disc) dan juga komputer peribadi yang ada dalam pasaran sekarang. Atau beza kapasiti thumbdrive 15 tahun dahulu dengan produk-produk terkini. Sangat jauh beza bukan?

Jadi tidak timbul masalah ‘terkejut’ ini memandangkan kotak komputer enjin untuk model-model terkini adalah sangat laju dan melakukan kesemua proses kadang kala tidak sampai 1 saat. Malah pada enjin-enjin terkini, ia telah direka dengan pelbagai mod selamat yang akan menghalang enjin berkenaan hidup sekiranya ia mengesan ada kerosakan besar akan berlaku jika ada sistem yang gagal berfungsi.

Serperkara lagi, jika ia betul-betul boleh mendatangkan kerosakan sekiranya dihidupkan dengan sekali tekan, mengapa jurutera tidak menjadikan sebagai proses mandatori dengan ‘memaksa’ pengguna agar mengikut prosedur tersebut dengan menghasilkan sistem yang perlu anda tunggu sehingga lampu ‘check engine‘ tersebut padam baru kereta dapat dihidupkan?

Benarkah butang penghidup enjin perlu ditekan tiga kali bagi mengelakkan kerosakan komponen enjin?

Ataupun mengapa tidak pengeluar sendiri menulis perkara ini pada manual pengguna bagi memberi amaran bahawa ada sistem yang akan rosak sekiranya anda tidak menghidupkan enjin dengan cara sedemikian? Saya sendiri telah bekerja dalam dunia servis selepas jualan lebih dari tujuh tahun, dan belum lagi ada membaca sebarang Buletin Servis yang diterbitkan berkenaan masalah kerosakan berlaku akibat tidak menghidupkan enjin dengan cara kononnya ‘yang betul’ tersebut.

Malah dengan cara menekan suis penghidup berkenaan sebanyak tiga kali, setiap kali enjin mahu dihidupkan mungkin akan menyebabkan jangka hayat suis berkenaan menjadi lebih pendek dari yang sepatutnya. Untuk pengetahuan anda, dalam suis berkenaan, selain dari komponen elektronik, ia juga mempunyai permukaan plastik yang bergeser dan juga permukaan logam yang bersentuh bagi memutuskan/menyambung aliran elektrik.

Permukaan-permukaan tersebut lambat laun tentu akan sampai kepada had penggunaannya setelah mengalami kehausan. Jadi, bayangkan sekiranya dalam tiga bulan anda perlu menekan suis berkenaan sebanyak 100 kali untuk menghidupkan enjin, dengan kaedah tiga kali tekan, ia perlu ditekan sebanyak 300 kali atau 200 kali lebih banyak dari biasa. Itu kalau tiga bulan, kalau setahun? Lima tahun?

Jadi pendek kata, terpulanglah pada anda kerana akhirnya kereta tersebut adalah milik anda. Jurutera dah reka boleh tekan sekali, kenapa susah payah nak tekan sampai tiga kali?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • Razif on May 09, 2019 at 7:49 pm

    Saya tak akan skip system cek sebb dikhuatiri sistem abs, ebd, air bag, air cond dan reverse camera tidak berfungsi. Pernah terjadi dan penyelesaiannya kene off balik.

    Like or Dislike: Thumb up 25 Thumb down 15
  • Hanabishi Kai on May 09, 2019 at 11:07 pm

    If you are driving a car with push start button. Push it right away… The manufactures already solve this problem for you… Dont be stupid to believe this myth…

    Like or Dislike: Thumb up 30 Thumb down 8
  • karut. mestilah dah diprogramkan sequence with safe short timing gap lepas sekali tekan je sampai enjin start. netizen ni memandai je nk smpai 3 kali tekan.

    Like or Dislike: Thumb up 16 Thumb down 15
  • Jinggo on May 10, 2019 at 12:32 pm

    Benda boleh tekan sekali buat apa nak tekan 3 kali

    Like or Dislike: Thumb up 11 Thumb down 6
  • Revo8891 on May 10, 2019 at 3:29 pm

    Mungkin ada betulnya. Tapi kalau rosak pun sc juga yg untung. Lg cepat rosak,lg cepat sc untung kan? Jd gunakan langkah2 pencegahan. Mencegah lebih baik dari merawat kan. ✌

    Like or Dislike: Thumb up 16 Thumb down 21
    • Tan Kai Loon on Jun 09, 2020 at 5:09 am

      Harga butang fizikal untuk kereta seperti Honda city dan toyota vios, RM300… original dari SC… tiada warranty walaupun kereta masih dalam waranty… ECU tidak akan ada masalah. Jika anda dapat kereta ubi kentang, reset ECU tiada caj dalam waranty… Dan tukar butang bukan senang… Kena reset ECU dan program balik…

      Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • Yuyu Hakusho on Nov 27, 2019 at 9:35 am

    benda boleh rosak tekan skali.. baru laku bisness sparepart.. btpe nak pesan tekan tiga kali.. tekan tiga kali pon ada malas kaa chaaa

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 10
  • Immortalbandit25 on Mar 08, 2020 at 12:17 am

    Menurut pengalaman saya, bateri lebih cepat kong apabila tekan sekali sahaja berbanding menekan 3 kali, ini disebabkan beban kepada cca ditahap maksima..tidak pasti apa pula kesan negatifnya terhadap sistem elektrik n elektronik kereta, cuma mungkin undersupply lah kot..yang penting, dengan menekan 3 kali saya dapat jimatkan kos menukar bateri dengan jangka hayat melebihi 2 tahun sekurang-kurangnya bagi kereta jdm standard dan bateri bersaiz 40.

    Like or Dislike: Thumb up 14 Thumb down 0
  • Zaidi on May 05, 2020 at 10:41 am

    Pada pendapat saya pula, saya tekan sekali untuk menghidupkan sistem. Setelah semua lampu notifikasi menyala dan ada yang padam, barulah saya kali kedua untuk hidupkan enjin. Memang jurujual akan terus hidupkan enjn terus tapi logiknya, biarkan sistem komputer menyala terlebih dahulu untuk tugas seterusnya.

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 0
  • Tan Kai Loon on Jun 09, 2020 at 5:03 am

    3 step start engine are bullshit from someone long time ago try to be a smartass telling everyone he knows about the 3 step start. For someone that stupid enough that think pressing 3 times will make the battery of the car more long lasting also stupid because battery lifespan is nothing to do with the start sequence. Even you do 3 steps, the 3rd steps for start the engine will be same as 1 step start engine method. even so-called 2 steps also do same thing. Simple, when you do 1 time press, 2 time press or 3 time press, the system to do engine start sequence are same. in very short period of time, the ECU already done all diagnostic of doing every single steps of checking everything before start the engine. doing first and second press does not help at all. Dont be an idiot genius that think you do it all right because you do 3 steps, thats stupid and totally pointless, it also shorten the lifespan of the physical button. and changing the button itself wont help, you need to change full set because of the button sensor for your key attached to the physical button panel to avoid short circuit style engine start by car hijackers.
    At the end, dont think that you do 3 steps or 2 steps are doing the “ECU checking for ABS, bla bla bla, bla bla bla” pressing once with brake on will do all the “ECU checking for ABS, bla bla bla, bla bla bla” in split seconds… This is the technology that they build and those Engineers that design all this start/stop button already think ahead and already fix all the problem that you may think off… You are not as clever as those engineers and they know what to do… Stop being smart ass and just do as what the start stop button should do…

    Like or Dislike: Thumb up 17 Thumb down 8
  • Awang on Jun 21, 2020 at 1:49 pm

    My car problem

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1
  • Kamarul on Sep 10, 2020 at 9:18 am

    Benda ni kena buat video baru jelas, ada nampak perbezaan tekan sekali & tekan 3 kali.
    Klu kita tekan sekali respon enjin hidup tu lmbat seolah olah mcm belum bersedia berbeza dgn tekan 3 kali ada nmpak kelegaan pd enjin apabila start.

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 1
  • As explained by Mr.Tan Kai Loon, when you do the 1-Press start, the on board system will do all the necessary system check before it starts the engine. So, that’s probably why En.Kamarul feels it takes a bit longer for the engine to start as compared with the 3-Press start procedure.

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 1
  • Adnan bin Abd Malek on Oct 29, 2020 at 9:24 am

    Komputer sekarang amat laju… cuba buka laptop, hidup je boleh terus guna untuk setisp aplikasi. Mana ada please wait for configuration… ada lagi ke.
    Jadi biar pilah lampu2 itu, tak ada maknanya… tekan butang pijak brek terus tekan….macam laptop, buka on terus buat kerja mana ada lagi tunggu sampai beberapa minit. Fikir.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1
  • Aku bah ni pandai hilang2 on Nov 23, 2020 at 7:41 pm

    Ok la semua tak mau kalah..ada pendapat masing².. So, senang…klu tak kelang kabut tekan la 3 kali… Kalau kelang kabut tekan la sekali…hhahhhahhaha

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  • Jika perlu tekan 3 Kali until start drive ke suatu tempat, kemudian tekan off engine. Dan selepas urusan, tekan 4 Kali seperti di atas apabila balik me rumah, dan ada 2 urusan sehari, lebih-kurang 16kali tekan switch button atau 16X 3 bulan =1500 Kali. 6000kali setahun…bolehkah switch tahan nyawanya? 2 tahun? 4 tahun?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Rosli Josari on Nov 21, 2021 at 12:16 pm

    lagi baik pakai kunci pulas lagi senang

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Hafiz Rosli on Mar 24, 2022 at 9:42 am

    Hak dan cara masing2..nak tekan sekali ke, nak tekan 3 kali ke, tak ada sesiapa halang..jika rosak sekalipun kereta sendiri dan kos pembaikan pun sendiri..

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 2
 

Add a comment

required

required