KTM lancar aplikasi MyRailtime, tawar jadual perjalanan tren Komuter untuk Lembah Klang

KTM lancar aplikasi MyRailtime, tawar jadual perjalanan tren Komuter untuk Lembah Klang

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah melancarkan aplikasi MyRailtime, yang boleh membantu menyemak dan merancang perjalanan anda yang menggunakan perkhidmatan KTM Komuter. Aplikasi ini menyalurkan maklumat mengenai jadual perjalanan tren komuter di laluan Lembah Klang (Port Klang-Tanjung Malim, Sungai Gadut-Batu Caves, Skypark Link).

Manakala jadual perjalanan bagi tren KTM Komuter Utara, ETS dan KTM Antarabandar akan ditambah ke dalam aplikasi tersebut menjelang September ini. Aplikasi ini boleh dimuat turun menerusi Google Play Store dan IOS lain ke dalam telefon pintar masing-masing.

Dilancarkan oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini, yang turut berkata idea untuk membangunkan aplikasi ini datang selepas menerima pelbagai aduan dan rungutan daripada pengguna berhubung dengan kekerapan kelewatan tren KTM Komuter. “Saya banyak menerima aduan daripada pengguna tren komuter tentang tren yang sering lewat tiba. Saya berharap orang ramai bersabar dan memahami punca utama kelewatan ketibaan tren KTM Komuter terutama di Lembah Klang adalah kerana kerja menaik taraf landasan perkhidmatan rel berkenaan,” ujarnya.

KTM lancar aplikasi MyRailtime, tawar jadual perjalanan tren Komuter untuk Lembah Klang

Klik untuk besarkan

Kerja-kerja menaik taraf Trek Berkembar Lembah Klang (KVDT) telah pun berlangsung sejak 2016, dengan mengurangkan frekuensinya. Projek KVDT ini termasuk memasang trek baharu yang lebih mudah untuk diselenggara, menggantikan peralatan isyarat yang telah berusia lebih 20 tahun, pemasangan sistem radio, menambahbaik 16 buah stesen dan menambah stesen pengantara baharu di Sentul untuk menjana lebih banyak elektrik bagi meningkatkan kekerapan tren.

“Fasa pertama kerja menaik taraf landasan KTM Komuter berkenaan bakal siap pada pertengahan tahun hadapan, manakala fasa seterusnya beberapa tahun lagi. Keadaan itu menyebabkan kadar kekerapan dan ketibaan KTM Komuter sekarang menjadi 45 minit sekali berbanding 20 minit sebelum ini. Jadi dengan adanya penggunaan aplikasi ini, saya berharap ia dapat membantu pengguna KTM Komuter merancang perjalanan masing-masing, ” sambungnya lagi.

Baru-baru ini, KTMB turut mengumumkan diskaun sebanyak 20% untuk semua tambang KTM Komuter bagi semua sektor (Lembah Klang, Utara, Selatan) bermula April 2019.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required