PLUS jangka 2 juta kenderaan bakal guna lebuhraya pada Aidilfitri ini – pantau trafik dengan polis, JPJ

PLUS jangka 2 juta kenderaan bakal guna lebuhraya pada Aidilfitri ini – pantau trafik dengan polis, JPJ

Plus Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan kira-kira 2 juta kenderaan akan menggunakan lebuhraya kendaliannya pada setiap hari puncak di musim perayaan yang akan datang. Jumlah tersebut merupakan peningkatan sebanyak 18% berbanding 1.7 juta pada hari-hari biasa.

Untuk itu, PLUS telah membuat pelbagai persediaan dari segi operasi dan strategi pengagihan trafik dalam usahanya membantu pelanggan bergerak dengan selamat dan selesa di samping menjaga mereka sepanjang perjalanan di musim perayaan yang akan datang.

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, PLUS akan melakukan pendekatan strategik sebagai persediaan pihaknya bagi menghadapi pertambahan dan kelancaran trafik terutamanya pada waktu puncak menjelaang Aidilfitri ini.

PLUS jangka 2 juta kenderaan bakal guna lebuhraya pada Aidilfitri ini – pantau trafik dengan polis, JPJ

“Seperti kebiasaan pada setiap musim perayaan, PLUS turut mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk membantu pelanggan merancang perjalanan Balik Kampung dan Balik Kota masing-masing. Bagi perjalanan Balik Kampung di antara 30 Mei hingga 10 Jun, pelanggan yang bergerak ke destinasi paling jauh dari Lembah Klang seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor disarankan agar memasuki lebuhraya sebelum jam 10 pagi.

Manakala, pelanggan yang menghala ke lokasi yang berdekatan seperti Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor pula boleh memasuki lebuhraya selepas jam 10 pagi,” ujar Azman.

PLUS juga bakal meneruskan kerjasama dengan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari segi penguatkuasaan di lebuh raya, antaranya dengan menyediakan mesin timbang mudah alih untuk mengesan kenderaan lebih muatan.

Buat julung kali, PLUS akan menggunakan dron untuk membuat pemantauan trafik di lokasi ‘panas’ di sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan sekali gus tindakan selanjutnya dapat diambil JPJ sekiranya terdapat pengguna lebuh raya yang membelakangkan undang-undang jalan raya.

Selain itu, bagi memantapkan kelancaran eko-sistem di lebuhraya, PLUS akan menyediakan seramai 5,000 kakitangannya untuk tujuan tersebut. Bukan itu sahaja, penutupan lorong tambah nilai di semua plaza tolnya akan bermula pada 30 Mei hingga 11 Jun, dan kerja-kerja menaiktaraf di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan juga akan dihentikan sementara mulai 31 Mei hingga 10 Jun.

Mengenai diskaun tol lebuh raya PLUS sempena Aidilfitri, Azman turut berkata, ia akan diumumkan Menteri Kerja Raya Baru Bian pada 28 Mei ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required