UMW Toyota Motor telah mengeluarkan senarai harga baru bagi barisan kenderaan keluaran syarikat itu. Bagaimanapun, semua harga kekal sama kecuali bagi Toyota Camry 2.5V. Sedan segmen D itu kini dijual pada harga RM196,888 atas jalan tanpa insurans. Ini menjadikannya RM6,988 lebih mahal berbanding sebelumnya.
Toyota Camry merupakan unit CBU yang diimport dari Thailand, dan sebelum ini dijual pada harga RM189,900. Dilancarkan lewat tahun lalu ketika KLIMS 2018, Camry generasi kelapan ini menggunakan platform Toyota New Global Architecture (TNGA) terkini, dan tampil dengan imej yang lari jauh dari apa yang pernah ada sebelum ini.
Setakat ini, untuk pasaran Malaysia, hanya ada satu varian dan pilihan enjin ditawarkan, 2AR-FE 2.5 liter empat-silinder, dan dipadankan dengan transmisi automatik enam-kelajuan pacuan roda hadapan. Varian dengan enjin 2.0L juga khabarnya akan diperkenalkan di sini nanti.
Kelengkapan lain yang ada pada bahagian luar Camry ini adalah termasuk lampu utama bi-LED projector automatik dengan lampu penunjuk arah, lampu siang, lampu kabus dan lampu belakang LED, cermin sisi yang boleh dilipat secara automatik, pengelap cermin automatik dan dua muncung ekzos di belakang.



Toyota Camry
dari RM 221,800
Toyota Yaris Cross
dari RM 99,900
Toyota Hilux
dari RM 226,300
Toyota Urban Cruiser
dari RM 198,000
Toyota bZ4X
dari RM 220,000
Toyota GR Yaris
dari RM 315,600
Toyota GR Corolla
dari RM 368,950
Toyota Corolla Cross
dari RM 133,800
Toyota Hiace
dari RM 169,000
kalau ikut yg sebenar benarnya harga yg dah trun hari tu kekal shingga pnghujung tahun. kini naik pula & kenaikannya mnjadikan harganya lebih tinggi dari harga sebelumnya. ketetapan ikut peratus penurunan oleh kerajaan sebelum ini diabaikan. apa cerita?