Harga minyak 13-19 Julai – RON 97 naik lagi 4 sen

Harga minyak 13-19 Julai – RON 97 naik lagi 4 sen

Sekali lagi bahan api petrol RON 97 dilaporkan mengalami kenaikan harga sebanyak 4 sen seliter untuk minggu bertarikh 13 hingga 19 Julai 2019. Efektif 12 tengah malam ini, harga baharu bagi petrol RON 97 ialah RM2.57 seliter, berbanding RM2.53 seliter pada minggu sebelumnya.

Walau bagaimana pun, petrol RON 95 masih dikekalkan dengan harga subsidi yang sama, iaitu RM2.08 seliter. Begitu juga dengan diesel yang harganya kekal seperti sebelum ini, dijual pada harga RM2.18 seliter bagi diesel Euro 2M. Sementara diesel Euro 5 pula lebih mahal 10 sen berbanding harga berkenaan iaitu RM2.28 seliter.

Harga minyak 13-19 Julai – RON 97 naik lagi 4 sen

Mengikut pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.27 seliter dan RM2.29 seliter masing-masing. Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter.

Harga tersebut adalah selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat. Anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan dalam tempoh 13 hingga 19 Julai 2019 adalah berjumlah RM114.06 juta.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Sell your car, get paid in 24 hours

Renew your car insurance with us, 10% discount!

Use the promo code 'PAULTAN' when you checkout for 10% discount!

Renew Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required