Kerajaan rugi RM4.89 bilion eksais duti dari 2015-2017

Kerajaan rugi RM4.89 bilion eksais duti dari 2015-2017

Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 1 mendedahkan, dari 2015 hingga 2017, kerajaan telah memberikan sebanyak RM4.89 bilion bagi potongan eksais duti kepada kenderaan pemasangan tempatan (CKD), lapor The Edge.

Pelbagai insentif pengecualian duti eksais diberikan oleh kerajaan dalam tempoh berkenaan, termasuk kepada ahli Dewan Undangan Negeri, ahli Parlimen, kedutaan dan kerajaan serta program-program seperti Malaysia Rumah Kedua Ku dan Returning Expert Programme (REP).

Turut diberikan ialah pengecualian melalui kelulusan khas dari Kementerian Kewangan serta bagi kenderaan cekap tenaga (EEV), yang telah diperkenalkan di bawah Dasar Automotif Nasional (NAP) 2014 untuk memberikan insentif kepada kenderaan cekap tenaga, hibrid dan elektrik.

Kerajaan rugi RM4.89 bilion eksais duti dari 2015-2017

Laporan berkenaan menyatakan, dari 2015 hingga 2017, sejumlah 73,250 unit kenderaan CKD telah diberikan pengecualian duti eksais sehingga 100%, menjadikan nilai terkumpul keseluruhan RM4.89 bilion. Kementerian Kewangan awal tahun ini mengesahkan jumlah berkenaan, dan menjelaskan bahawa EEV merangkumi kenderaan elektrik (EV), hibrid dan juga petrol/diesel. Pengecualian 100% duti eksais pula hanyalah untuk EV dan hibrid sahaja.

Bagi kenderaan petrol/diesel yang dikelaskan sebagai cekap tenaga (EEV), kadar pengecualian duti import/eksais adalah ditentukan berdasarkan analisis kos-manfaat dan diluluskan oleh kementerian selepas perbincangan oleh Komiti Pembangunan Perniagaan Automotif (ABDC).

Tiga negeri dinilai dalam audit berkenaan; Pahang, Kedah dan Selangor, di mana semuanya mempunyai kemudahan pemasangan kenderaan. Daripada RM4.89 bilion pengecualian duti eksais ini, laporan berkenaan menunjukkan bahawa pengecualian yang telah diluluskan bagi ketiga-tiga negeri ini berjumlah RM4.095 bilion atau 83.75% daripada jumlah keseluruhannya.

Kerajaan rugi RM4.89 bilion eksais duti dari 2015-2017

Sebahagian besar pengecualian duti eksais itu adalah untuk EEV dan penyedia perkhidmatan pengurusan armada kenderaan SPANCO, dan itu bernilai keseluruhan RM3.862 bilion atau 94.3% bagi semua yang diluluskan dalam tempoh tiga tahun berkenaan.

Menurut pandangan auditor, sistem penentuan atau pengkelasan EEV oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) – yang mengikut peraturan UN R01 yang tidak lengkap, terutama bagi hal pembebasan karbon, namun tetap diberikan pengecualian duti 100% – perlu dinilai semula.

Menjadikan Thailand yang menggunakan kadar pembebasan emisi sebagai sebahagian daripada peraturan untuk program kereta eco di sana – yang turut diberikan pengecualian duti, laporan berkenaan menyatakan penilaian semula itu adalah untuk memastikan pengecualian cukai tidak akan memberi kesan kepada pungutan cukai oleh kerajaan dan seterusnya memastikan kejayaan NAP.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required