MAA: Jualan kenderaan bagi Julai 2019 naik 19.5%

MAA: Jualan kenderaan bagi Julai 2019 naik 19.5%

Selepas jualan merudum yang dicatatkan sepanjang bulan Jun 2019, angka jualan kenderaan di Malaysia bagi bulan Julai 2019 menunjukkan peningkatan yang positif; naik sebanyak 19.5% atau 8,327 unit lebih banyak berbanding bulan sebelumnya.

Bagi jumlah jualan, keseluruhannya sebanyak 50,853 unit kenderaan telah berjaya dijual pada Julai 2019. Angka ini bagaimanapun 25% lebih rendah jika dibandingkan dengan jumlah jualan tempoh sama tahun lalu. Ini disebabkan pada 2018, Julai masih lagi berada di dalam tempoh bebas cukai GST bagi kenderaan, yang berlangsung hingga 1 September tahun lalu.

Bagi tempoh semasa setakat tahun ini pula, sejumlah 347,187 unit kenderaan telah dicatatkan terjual. Itu adalah 10,878 unit kurang jika dibandingkan bagi tempoh sama yang dicatatkan tahun lalu, dengan angka 358,065 unit. Bagi pengeluaran kenderaan pula, Julai 2019 mencatatkan angka 48,912 unit. Ini juga kurang daripada angka bulan yang sama tahun lalu, dengan 55,164 unit.

Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA) yang menyediakan statistik ini, peningkatan jualan pada Julai 2019 antaranya disumbangkan oleh jumlah tempoh hari bekerja yang lebih panjang. Prestasi jualan bagi Ogos dijangka akan kekal pada tahap yang sama seperti Julai 2019.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required