Proton R3 anjur peraduan reka livery kereta lumba

Proton R3 anjur peraduan reka <em>livery</em> kereta lumba

Livery perlumbaan atau rekaan grafik badan adalah sesuatu yang ikonik pada sesebuah jentera lumba. Rekaan-rekaan era 70’an dan 80’an seperti “John Player Special” pada kereta-kereta F1 Lotus atau “Martini Racing” pada kereta rali Lancia sentiasa mekar dalam ingatan peminat-peminatnya sehingga sekarang.

Nah, ini peluang anda untuk mencurahkan idea kepada sebuah kereta lumba; sayap perlumbaan Proton iaitu Proton R3 kini telah mengumumkan pertandingan “Proton Design for Speed” iaitu pertandingan rekaan livery, di mana mereka akan menggunakan rekaan pemenang untuk kereta lumba Proton Saga mereka yang menyertai perlumbaan Sepang 1000 KM tahun ini!

Pertandingan ini dibuka untuk semua rakyat Malaysia yang memilik myKad, dan anda boleh menghantar karya anda bermula semalam (26 Ogos) dan penyertaan akan ditutup pada 22 September nanti. Rekaan anda perlulah dibuat menggunakan templat yang perlu anda muat turun pada PAUTAN INI.

Proton R3 anjur peraduan reka <em>livery</em> kereta lumba

Anda boleh menghantar seberapa banyak karya yang anda mahu menerusi e-mel kepada [email protected]. Rekaan tersebut boleh dihantar dalam format jpeg, png atau PDF dengan saiz maksimum 25 MB yang telah dimuat naik pada Google Drive, WeTransfer dan sebagainya.

Kesemua penyertaan perlulah disertakan dengan nama penuh dan nombor myKad, nombor telefon untuk dihubungi, alamat e-mel dan penerangan ringkas terhadap rekaan yang dihasilkan. Proton akan menghantar balasan kepada anda dalam masa dua hari bekerja untuk pengesahan penyertaan anda telah diterima.

Selain dapat melihat rekaan anda pada Proton Saga R3 yang bertarung di S1K 23 November nanti, pemenang juga akan menerima hadiah wang tunai; RM3,000 untuk tempat pertama, RM2,000 untuk tempat kedua dan RM1,000 untuk tempat ketiga. Kesemua pemenang juga akan menerima pas VIP ke Paddock Proton R3 pada perlumbaan tersebut, dan majlis penyampaian hadiah turut akan diadakan di sana.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required