Sultan Johor pemilik no.1 Toyota GR Supra di M’sia

Sultan Johor pemilik no.1 Toyota GR Supra di M’sia

Baru sahaja dilancarkan semalam, akaun Facebook satu-satunya pengedar yang menerima pengiktirafan sebagai GR Garage untuk bahagian selatan semenanjung Malaysia, Mutiara Motorsport Johor Bahru mengumumkan bahawa Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar adalah pemilik pertama Toyota GR Supra A90 di Malaysia.

Menerusi gambar yang dimuatnaik tersebut, Sultan Ibrahim memilih Supra dengan warna Lightning Yellow, dan ia disampaikan oleh pengarah urusan Mutiara Motors sendiri, Datuk Mokhtar Ahmad.

Toyota GR Supra A90 dilancarkan petang semalam di Muzium Tentera Udara DiRaja Malaysia, Sg Besi, dijual pada harga atas jalan tanpa insuran bermula RM568,000, dan pelanggan perlu membayar premium RM5,000 untuk warna-warna terpilih serta RM12,000 untuk pakej kemasan gentian karbon pada kabin.

UMW Toyota Malaysia hanya menawarkan Supra A90 dalam satu varian iaitu GTS, dijana enjin 3.0 liter enam-silinder sebaris turbo yang menjana 340 PS dan tork maksima 500 Nm, digandingkan dengan kotak gear automatik lapan-kelajuan dari ZF. Seperti rekaan tradisi Supra, enjin yang terletak di bahagian hadapan berkenaan hanya mengalirkan kuasa ke gandar belakang yang turut dilengkapi dengan LSD.

Ini membolehkan Supra A90 memecut dari kedudukan pegun hingga 100 km/j dalam masa hanya 4.3 saat. Kelajuan maksimanya punya dihadkan secara elektronik pada 250 km/j.

Bukan semua pengedar Toyota di Malaysia mendapat hak untuk menjual Toyota GR Supra A90 ini. Ia hanya boleh didapati pada pengedar yang telah mendapat pengiktirafan untuk membuka GR Garage pada premis mereka.

Konsep GR Garage ini sebenarnya sudah diwujudkan di Jepun sebelum ini, dan ia berperanan untuk menjual segala produk di bawah jenama Gazoo Racing (GR), termasuk barisan kereta berprestasi Toyota GR.

Buat permulaan, hanya lima pengedar yang mempunyai fasiliti GR Garage berkenaan – tiga daripadanya terletak di Lembah Klang, satu di utara semenanjung dan satu lagi di selatan iaitu Mutiara Motorsport.

GALERI: Toyota GR Supra A90 GTS pasaran Malaysia

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required