Driven Movie Night: Menangi pas percuma untuk menonton filem Ford v Ferrari pada 5 November ini

Driven Movie Night: Menangi pas percuma untuk menonton filem Ford v Ferrari pada 5 November ini

24 Hours of Le Mans merupakan perlumbaan endurans tertua di dunia, dianjurkan setiap tahun sejak 1923. Dengan perjalanan sejarah yang panjang seperti itu, disebaliknya tentulah ada banyak kisah-kisah penting dan menarik; satu daripadanya adalah tentang pertembungan lagenda antara dua nama besar dalam sejarah automotif – Ford dan Ferrari.

Kisah berkenaan kini telah dibawakan ke layar perak, dengan tayangan perdana Ford v Ferrari bakal berlangsung pada 14 November 2019. Pemenang anugerah Academy, Matt Damon dan Christian Bale membintangi filem arahan James Mangold ini, yang berdasarkan kisah benar pereka kereta Amerika yang berwawasan, Carroll Shelby (Damon) dan pemandu British yang berani, Ken Miles (Bale).

Mereka berdua mengharungi campur tangan korperat, hukum fizik dan diri sendiri untuk membina sebuah jentera lumba revolusionari, Ford GT 40, untuk menandingi kereta lumba Enzo Ferrari yang kerap mendominasi, di dalam perlumbaan 24 Hours of Le Mans di Perancis pada 1966.

Jika anda ingin menonton Ford v Ferrari lebih awal, kami akan memberikan peluang untuk anda berbuat demikian melalui peraduan Driven Movie Night, ehsan daripada The Walt Disney Company Malaysia.

Apa yang perlu anda lakukan ialah tonton sedutan filem di atas dan jawab dua soalan mudah. Anda akan berpeluang memenangi pas percuma untuk tayangan pra-tonton filem Ford v Ferrari pada Selasa, 5 November 2019 pada jam 8.30pm di IMAX TGV One Utama di Petaling Jaya. Jangan terlambat, kerana tarikh tutup peraduan adalah pada Ahad, 3 November 2019.

*Tarikh tutup peraduan ialah pada Ahad, 3 November 2019. Pemenang akan diumumkan di paultan.org dan dimaklumkan melalui emel dan SMS pada Isnin, 4 November 2019. Keputusan yang diumumkan adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan. Tayangan akan berlangsung pada Selasa, 5 November 2019 pada jam 8.30 pm di IMAX TGV One Utama di Petaling Jaya, dan pemenang perlu menuntut tiket mereka di lokasi berkenaan sejam sebelum tayangan. Disebabkan lokasi tayangan, peraduan ini hanya terbuka kepada mereka yang berada di sekitar Lembah Klang sahaja.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required