Honda Wave Alpha diberikan penampilan, grafik baru

Honda Wave Alpha diberikan penampilan, grafik baru

Honda Wave Alpha sekali lagi diberikan penampilan baru oleh Boon Siew Honda Sdn Bhd, dan kali ini ia melibatkan tiga pilihan warna baru iaitu Vivacity Red, Pearl Nightfall Blue dan Clipper Yellow; untuk kedua-dua versi yang menggunakan rim spoked pada harga RM4,339 dan yang menggunakan rim sport pada harga RM4,589.

Selain daripada pilihan warna dan grafik baru ini, panel hadapan (dada) motosikal ini turut diubah, dengan sekarang menempatkan lampu penunjuk arah. Model sebelum ini penunjuk arahnya berada pada perumah lampu dan tertonjol keluar di kiri dan kanan. Kemudiannya, pemegang (juga dipanggil spoiler) yang disediakan untuk penumpang pula dibalut dengan getah.

Selain daripada itu, motosikal ini masih mengekalkan ciri seperti sebelum ini termasuk enjin 109.1 cc silinder tunggal dengan sejukan udara dan sistem bahan api karburator, bersama padanan kotak gear empat-kelajuan. Kuasa yang dihasilkan ialah 8.3 hp pada 7,500 rpm dengan tork 8.42 Nm pada 5,500 rpm.

Kelengkapan lain pada Wave Alpha adalah seperti tangki bahan api 3.7 liter, fork teleskopik di hadapan, dua penyerap di belakang, pemula enjin elektrik dan tendang, ruang simpanan kecil di bawah tempat duduk dan berat sekitar 97 kg.

Kedua-dua jenis Wave Alpha rim spoke dan rim sport masih menggunakan unit 17 inci dengan tayar 70/90 di hadapan dan 80/90 di belakang, tetapi model rim spoke menggunakan brek dram di kedua-dua roda sementara model rim sport menggunakan brek cakera di hadapan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required