DBKL tukar aliran lalu lintas di persimpangan Jalan Maharajalela/Jalan Sultan Sulaiman mulai 14 Dis ini

DBKL tukar aliran lalu lintas di persimpangan Jalan Maharajalela/Jalan Sultan Sulaiman mulai 14 Dis ini

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengumumkan perubahan aliran lalu lintas di persimpangan Jalan Maharajalela/ Jalan Sultan Sulaiman yang akan dilaksanakan mulai 14 Disember ini.

DBKL memaklumkan, perubahan ini melibatkan aliran trafik yang datang dari arah Jalan Sultan Sulaiman dibenarkan membelok ke kiri sahaja dengan kawalan lampu isyarat. Di mana kenderaan dari Jalan Sultan Sulaiman pula perlu menggunakan Bulatan Sultan Muhammad untuk menghala ke Jalan Petaling/Loke Yew/Jalan Cheras.

Manakala aliran trafik dari Jalan Kuching/Jalan Kinabalu menghala ke Jalan Loke Yew/Jalan Cheras akan dijadikan laluan ‘free-flow’ tanpa kawalan lampu isyarat di persimpangan Jalan Maharajalela/Jalan Sultan Sulaiman. DBKL berkata, laluan ‘free-flow di persimpangan ini dijangka dapat melancarkan pergerakan trafik yang menghala ke Jalan Loke Yew/Jalan Cheras terutamanya pada waktu puncak.

Menurut DBKL, usaha ini dilaksanakan selepas beberapa kajian dan pemerhatian dilakukan khususnya di tempat-tempat yang menjadi tumpuan. Perubahan ini adalah bagi menambah kelancaran trafik sama ada yang memasuki atau pun keluar pusat bandar.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required