McLaren 620R – kereta lumba 570S GT4 versi jalanan

McLaren 620R – kereta lumba 570S GT4 versi jalanan

Setahun selepas McLaren 600LT – model Sports Series McLaren yang paling berkuasa – dilancarkan untuk pasaran, sekarang muncul satu lagi model jalanan yang mempunyai pengaruh kuat daripada litar iaitu 620R. Ia dipanggil sebagai versi jalanan bagi kereta lumba 570S GT4.

Jumlah kuasa yang mampu dihasilkan oleh model ini sebenarnya tersembunyi di sebalik namanya, iaitu 620 PS pada 7,000 rpm dan dan 620 Nm tork pada 3,500 rpm, hasil penggunaan enjin V8 3,799 cc M838TE berserta gabungan kotak gear seamless shift (klac berkembar) tujuh kelajuan yang menghantar kuasa ke roda belakang.

Suspensi kenderaan ini menggunakan penyerap jenis coilover dengan pelarasan manual 32 tahap untuk mampatan dan lantunan, dan ia juga 6 kg lebih ringan berbanding unit yang digunakan pada model Sport Series biasa. Kemudiannya, bahagian sambungan suspensi lain seperti wishbone aluminium dipasang dengan spring serta anti roll bar yang lebih keras daripada biasa. Untuk meningkatkan ketepatan serta maklum balas stereng, tapak getah di atas suspensi diganti dengan unit stainless steel.

McLaren 620R – kereta lumba 570S GT4 versi jalanan

Pada bahagian brek, kesemuanya menggunakan angkup aluminium diperkuat, sementara cakera pula di hadapan mempunyai ukuran 390 mm dan di belakang terdapat 380 mm. Tayar Pirelli P Zero Trofeo R diberikan secara standard, dengan saiz 225/35/R19 di hadapan dan 285/35/R20 di belakang. Jika mahu, pemilik juga boleh menukar kepada tayar slick untuk kegunaan litar dan McLaren memberitahu tiada sebarang pelarasan mekanikal perlu dibuat untuk menggunakan tayar ini.

Ciri aerodinamik kenderaan ini dipertingkat lagi dengan pemasangan sayap belakang gentian karbon boleh laras yang diambil daripada kereta lumba 570S GT4. Ia boleh dilaras kepada tiga kedudukan, dan menyumbang kepada daya tolakan ke bawah (downforce) sehingga 185 kg.

Pada bampar hadapan, splitter masih mempunyai bilah aerodinamik manakala bonet gentian karbonnya mempunyai dua lekuk berlubang yang membantu daya tolakan ke bawah serta memyediakan laluan udara kepada bahagian atas kereta. Menurut McLaren, keseluruhan pakej aerodinamik di hadapan mampu memberi 65 kg daya tolakan ke bawah.

McLaren 620R – kereta lumba 570S GT4 versi jalanan

Sebagai sebuah kereta prestasi yang banyak mendapat pengaruh daripada kereta lumba, bahagian dalam 620R dijadikan kosong dengan tiada karpet lantai, pendingain hawa, fungsi navigasi dan audio. Walaupun begitu, kesemuanya masih disediakan sebagai pilihan kepada pelanggan termasuk sistem bunyi Bowers & Wilkins serba ringan.

Kelengkapan standard pada bahagian dalam adalah termasuk tempat duduk gentian karbon dengan tali pinggang six-point, penanda merah pada roda stereng, tali penarik pintu, serta kemasan gentian karbon pada pedal penukar gear di stereng, cabang roda stereng serta konsol tengah.

Model 620R ini juga dipasang dengan sistem McLaren Track Telemetry (MTT) yang dapat membantu pemilik melihat kembali rekod pemanduan mereka di dalam litar. Sekiranya pemilik menambah pakej MSO Roof Scoop Upgrade Pack, MTT ini akan dipertingkat dengan sistem tiga kamera. McLaren 620R hanya akan dikeluarkan sebanyak 350 unit, dan boleh diubah suai dengan pilihan yang disediakan oleh McLaren Special Operations (MSO). Harga kereta ini bermula £250,000 (RM1,368,422) di United Kingdom.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required