Proton akui kini bersaing dengan Honda dan Toyota daripada segi kualiti, bukan lagi Perodua

Proton akui kini bersaing dengan Honda dan Toyota daripada segi kualiti, bukan lagi Perodua

Proton berkata daripada segi kualiti dan penjenamaan, Perodua bukan lagi pesaing paling dekatnya. Kini, pengeluar kereta nasional pertama itu mensasarkan untuk menyaingi dua jenama Jepun yang terkemuka iaitu Toyota dan Honda.

Menurut CEO Proton Dr.Li Chunrong, dengan pencapaian dalam mempertingkatkan kualiti, syarikat ini memutuskan untuk bersaing dengan pemain industri di peringkat global. Dalam temubual secara eksklusif dengan Channel News Asia baru-baru ini, beliau berkata, sebelum ini Proton memang berhadapan dengan isu kualiti, namun kini, tidak lagi.

“Ia (isu kualiti) memang masalah utama dalam Proton sebelum ini, di mana syarikat ini tidak memiliki sumber (untuk mendapatkan material yang lebih berkualiti). Walau bagaimana pun,kini dengan kepakaran dan sumber daripada Geely, ditambah dengan pengalaman Proton sebagai pengeluar kereta nasional, kami berjaya mengeluarkan kereta yang lebih berkualiti. Dengan posisi produk kami yang baharu, pesaing kami kini ialah Honda dan Toyota,” ujarnya.

Proton akui kini bersaing dengan Honda dan Toyota daripada segi kualiti, bukan lagi Perodua

Li berkata bahawa beliau sedang meneliti Proton untuk memberi tumpuan kepada aspek-aspek yang lebih baik dalam pembangunan kenderaan supaya ia boleh membuat peralihan daripada membina “kereta asas” kepada “kereta mewah,” yang merupakan sebahagian daripada rancangan 10 tahun yang telah dibayangkan untuk jenama itu.

Tambahnya, usaha pemulihan sejak dua tahun lalu telah mendorong Proton melangkau lebih jauh melebihi rakan pesaingnya dari segi kedudukan pasaran, jika bukan dalam angka. “P

Beliau berkata usaha pemulihan sejak dua tahun lalu telah mendorong Proton jauh melebihi rakan tempatannya dari segi kedudukan pasaran, jika tidak dalam angka. “Perodua bukan lagi pesaing kami. Mengapa? Kerana kedudukan produk yang berbeza. Saga kami jauh lebih baik daripada Bezza mereka,” dakwanya.

Li berkata kepercayaan umum terhadap jenama ini telah ditambahbaik sejak SUV X70 diperkenalkan pada tahun lalu, dan ia jelas dengan permintaan yang kukuh terhadap model Saga facelift yang dilancarkan Ogos lalu. Laporan ini menambah kedudukan syarikat ini yang agak membimbangkan sejak beberapa tahun, dijangka mampu mengaut keuntungan pada tahun hadapan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • perodua pun anak buah toyota

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Vescara on Dec 15, 2019 at 10:36 am

      Betul tapi Jepun kedekut nak ajar industri Automotive Malaysia dengan Technology Transfer dan dari segi reka bentuk.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Mohd Rozakhi on Dec 14, 2019 at 6:33 pm

    Orang melayu malaysia ramai yang x berkemampuan, cuba targetkan pasaran ini, sebab melayu lebih ramai d malaysia berbanding kaum lain. Cuba hasilkan sebuah kereta yang berkualiti tinggi dari segi ‘design rupa’ dan ‘kepuasan memandu(sedap,selesa,jimat)’ .

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 2
 

Add a comment

required

required