BYD buka kilang keluarkan topeng muka dan pencuci

BYD buka kilang keluarkan topeng muka dan pencuci

Dalam tempoh seluruh dunia sedang berperang dengan virus Covid-19, salah satu pengeluar kenderaan terbesar di dunia, iaitu BYD telah membina sebuah kilang baru di Shenzhen, China untuk mengeluarkan topeng muka serta cecair pembasmi kuman.

Kilang tersebut kini mampu menghasilkan lima juta topeng muka dan 300,000 botol cecair pembasmi kuman setiap hari, namun apa yang lebih menarik adalah bagaimana BYD dapat melaksanakannya dalam tempoh yang singkat. Semuanya bermula pada penghujung Januari lalu, apabila pengerusi dan presiden BYD, Wang Chuanfu mengumpulkan sejumlah ketua dari pelbagai cabang perniagaan dan lebih 3,000 jurutera untuk memulakan proses seperti penyelidikan, rekaan, pemprosesan dan pelbagai lagi.

Dalam masa tujuh hari sahaja, pasukan ini telah berjaya menyiapkan proses penyelidikan dan pengilangan kelengkapan pengeluaran topeng muka, dan sekarang mereka boleh mengeluarkan lima hingga sepuluh mesin pengeluaran topeng setiap hari, sekaligus meningkatkan lagi jumlah pengeluaran topeng muka itu sendiri. Setiap mesin memerlukan sekitar 1,300 alat dan 90% daripadanya dikeluarkan oleh BYD sendiri.

Pasukan ini juga berjaya melaksanakan kerja penyelidikan dan pembangunan cecair pembasmi kuman dalam masa cuma enam hari, dan seterusnya mengagihkan barang tersebut kepada barisan hadapan yang bekerja menentang virus ini. Sekarang, kilang ini beroperasi 24 jam sehari dengan tenaga kerja seramai ratusan orang.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required