Renault hentikan jualan kenderaan petrol/diesel di China kerana jualan tidak memberangsangkan

Renault hentikan jualan kenderaan petrol/diesel di China kerana jualan tidak memberangsangkan

Pengeluar kereta Perancis, Renault SA telah mengambil keputusan untuk menarik diri dari terus menjual kenderaan janaan petrol/diesel di China kerana jualan yang tidak memberangsangkan. Ini bermakna kerjasama antara Renault dan syarikat tempatan Dongfeng Motor Group juga ditamatkan.

Jualan automotif di China agak perlahan, dan bertambah teruk tahun ini disebabkan penularan COVID-19, memberikan tekanan pada pengeluar kereta yang terpaksa berhempas-pulas untuk terus bertahan di negara berkenaan yang merupakan pasaran kenderaan terbesar di dunia.

Renault menjalinkan kerjasama dengan Dongfeng sejak tahun 2013 dan tiga tahun selepas itu mula memproduksikan kereta janaan petrol dan diesel di kilang yang terletak di Wuhan. Beberapa model telah diperkenalkan di sana, walau bagaimana pun, model janaan petrol/diesel Renault kurang mendapat perhatian di sana. Sekaligus tidak memberikan keuntungan seperti yang disasarkan, menurut laporan Reuters.

Hanya sekitar 18,607 unit kenderaan Renault yang terjual di China pada tahun lalu, di bawah sasarannya iaitu 110,000 unit setahun. Malah pengeluar kereta ini juga mengalami kerugian melebihi 1.5 bilion yuan ($212 juta).

Dongfeng yang memiliki 50% kepentingan dalam usaha sama dengan Renault, merancang untuk menaiktaraf kilang pengeluaran kereta sedia ada, walau pun tidak lagi memproduksikan model Renault, ujar jurucakap syarikat berkenaan baru-baru ini.

Walau bagaimana pun, Renault mengambil keputusan untuk memfokuskan jualan kenderaan elektrik (EV) di China dengan dua syarikat usahasamanya yang sedia ada iaitu eGT New Energy Automotive Company dan Jiangxi Jiangling Group Electric Vehicle Company (JMEV).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required