ETCM buka semula bilik pameran, promosi bulan Mei

ETCM buka semula bilik pameran, promosi bulan Mei

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini mengumumkan semua bilik pameran dan pusat servis Nissan telah dibuka dengan kawalan kesihatan dan keselamatan yang ketat.

Sebagai mematuhi SOP sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini, semua premis terbabit akan membuat pemeriksaan suhu badan serta jarak sosial antara individu bagi semua staf dan pelanggan. Staf Nissan juga akan menggunakan topeng muka sepanjang masa, dengan cecair sanitasi, topeng muka dan sarung tangan akan disediakan untuk pelanggan.

Pembasmian kuman akan dilakukan secara kerap di semua bilik pameran dan pusat servis, melibatkan semua permukaan yang kemungkinan disentuh. Pusat servis pula akan mengamalkan sistem “Drop-Off dan Pick-Up” serte semua kenderaan akan disanitasi sebelum dan selepas servis. Bayaran secara online pula adalah sangat digalakkan.

Selain itu, bilik pameran online juga disediakan untuk memudahkan pelanggan meneliti semua model yang ditawarkan oleh Nissan berserta promosi terbaru di www.nissan.com.my. Pelanggan kini boleh menghantarkan borang secara atas talian berkaitan pertanyaan lanjut berkaitan jualan atau untuk membuat tempahan. Dalam masa 24-jam, wakil jualan Nissan akan menghubungi pelanggan. Sesi pandu uji dari rumah juga ada disediakan berdasarkan temujanji.

ETCM buka semula bilik pameran, promosi bulan Mei

Di dalam perkembangan lain, sepanjang bulan Mei, pembeli akan menikmati tawaran ansuran serendah RM800 bagi Nissan Almera Black Series, RM958 bagi Nissan Navarra, RM1,325 bagi Serena S-Hybrid dengan servis percuma selama dua tahun, serta X-Trail dari RM1,337 dengan servis percuma dua tahun.

Pelanggan yang membeli X-Trail atau Serena S-Hybrid bermula sekarang hingga 30 Jun 2020 akan menerima plan perlindungan Takaful FWD Protect Direct Family selama setahun (sehingga empat orang; ibu bapa dan dua anak) dengan jumlah diinsuranskan RM100,000. Tuntutan perlu dibuat sebelum 31 Julai 2020. Untuk maklumat lanjut tentang FWD Protect Direct, klik di sini.

10 pemenang bertuah juga bakal memenangi peralatan kelengkapan rumah Cuckoo bernilai RM60,000 melalui peraduan Nissan Buy & Win ketika mereka membeli dan mendaftarkan mana-mana model Nissan sepanjang Mei 2020.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required