Litar Sepang kembali dibuka bagi latihan persendirian

Litar Sepang kembali dibuka bagi latihan persendirian

Dengan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan sekarang, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah mengumumkan pembukaan semula operasi mereka di bawah beberapa peraturan ketat yang telah ditetapkan.

Pertamanya, dalam kenyataan yang dikeluarkan, SIC menyatakan litar hanya dibuka untuk kegunaan latihan persendirian sahaja dan mereka perlu menghubungi SIC lebih awal untuk membuat temu janji. Ini adalah bagi mengawal jumlah orang di litar supaya tidak melebihi 10 dalam satu sesi.

Prosedur operasi standard seperti yang disarankan kerajaan turut dilaksanakan oleh SIC termasuk pendaftaran di pintu masuk, penggunaan cecair pembasmi kuman dan topeng muka, pemeriksaan suhu badan, penjarakan sosial dan akhir sekali, pengunjung diminta untuk letak kereta secara mengundur di tempat yang telah disediakan dengan jarak dua meter antara kenderaan.

Untuk bulan Ramadan ini, operasi SIC adalah dari jam 9 pagi hingga 4 petang dan setakat ini tiada sebarang pengumuman dibuat mengenai penganjuran sebarang perlumbaan di SIC. Namun di bawah kenyataan tersebut ada menyatakan “mari kekalkan semangat tinggi sukan permotoran dan kami harap dapat kembali berlumba semula.”

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required