PKPB: Jangan terlalu selesa, PKP mungkin akan dikembalikan jika ramai yang degil – Ismail Sabri

PKPB: Jangan terlalu selesa, PKP mungkin akan dikembalikan jika ramai yang degil – Ismail Sabri

Walaupun kerajaan telah memberikan pelbagai kelonggaran ketika dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan orang ramai agar tidak terlalu selesa dengan keadaan ini, lapor Astro Awani.

Menurutnya, tiada jaminan PKPB ini akan terus kekal dan ia mungkin boleh diperketatkan semula seperti fasa PKP jika rakyat tidak patuh kepada arahan-arahan yang ditetapkan.

“Apabila kita longgarkan penguatkuasaan, kita harapkan rakyat patuh dengan undang-undang yang telah dikeluarkan kerana bimbang berlakunya kes Covid-19 yang baharu.

“Saya ingin beri peringatan bahawa PKPB bukan boleh terus kekal, mungkin boleh diperketatkan semula tetakluk kepada kepatuhan daripada rakyat dan kalau banyak berlaku ketidakpatuhan bukan satu perkara yang mustahil untuk kita kembali semula kepada penguatkuasaan PKP,” katanya dalam sidang media harian yang berlangsung di Putrajaya semalam.

Malah beliau turut menegaskan pelaksanaan undang-undang menerusi Akta 342 masih dijalankan seperti biasa yang boleh dikenakan kompaun RM1,000 atau denda penjara selama enam bulan atau kedua-duanya sekali, walaupun sedikit kelonggaran telah diberi ketika PKPB ini.

Beliau juga turut mengarahkan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk terus mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang dikesan melanggar peraturan yang telah ditetapkan sepanjang PKPB.

“Pada fasa ini pihak polis masih ambil pendekatan untuk beri nasihat dan amaran bagaimanapun laporan yang kita terima daripada pihak polis banyak berlaku ketidakpatuhan sepanjang PKPB.

“Kita sudah putuskan fasa nasihat dan beri amaran telah berakhir, dan pihak polis diberikan kuasa untuk ambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang gagal patuhi SOP atau peraturan yang telah ditetapkan di bawah PKPB,” tambahnya lagi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required