VIDEO: Helmet tiruan diletakkan dalam ujian ECE/DOT – gagal teruk dengan risiko kritikal bagi pengguna

VIDEO: Helmet tiruan diletakkan dalam ujian ECE/DOT – gagal teruk dengan risiko kritikal bagi pengguna

Tujuan utama penunggang motosikal perlu memakai topi keledar atau helmet adalah bagi melindungi bahagian kepala daripada kecederaan teruk akibat perlanggaran. Tidak kiralah walaupun anda menunggang untuk jarak dekat atau perlahan sekali pun, kemalangan boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan risiko sentiasa ada.

Bergantung kepada harga serta kegunaannya, helmet boleh dibuat daripada pelbagai bahan dengan yang utama pada bahagian cengkerangnya adalah seperti polikarbonat, gentian kaca, gentian karbon dan bahan campuran. Malah helmet murahan pula ada yang dibuat daripada plastik biasa sahaja.

Bagi menentukan sesebuah model helmet itu selamat digunakan, anda boleh melihat kepada tahap ujian yang telah dilaluinya seperti ECE, DOT, SHARP, SNELL ataupu ISI. Kebanyakan jenama pengeluar helmet terkenal pastinya menghantar produk mereka untuk ujian ini dan ia diberitahu kepada pelanggan melalui tanda pelekat yang dilekatkan pada helmet tersebut.

Namun sekarang, penjualan helmet tiruan dilihat semakin berleluasa dan ia sangat mudah didapati termasuk atas talian. Punca utama ramai yang terpengaruh adalah rekaan serta bentuknya sama seperti helmet asli, sementara harga pula jauh lebih murah (sekitar 1/5 daripada harga helmet asli).

Apa yang diabaikan oleh pengguna helmet tiruan ini adalah aspek keselamatan, yang sepatutnya menjadi sebab utama kita memakai helmet. Seperti yang diketahui, harga helmet tiruan ini murah mestilah ada sebabnya, dan bahan yang digunakan pula ‘sekadar ada’ dan tidak setanding bahan pada helmet asli.

Bagi yang tidak sedar betapa bahayanya menggunakan helmet tiruan ini, anda boleh melihat video di atas. Beberapa helmet tiruan diletakkan dalam ujian sama seperti ECE/DOT yang dilalui oleh helmet asli, dan hasil menunjukkan ia sangat bahaya untuk digunakan dengan berada pada tahap kritikal. Bahagian awal video menunjukkan kualiti helmet secara keseluruhan manakala ujian pula dilakukan pada sekitar minit 5:40.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required