Volkswagen Passat R-Line 2020 bakal tiba di Malaysia?

Volkswagen Passat R-Line 2020 bakal tiba di Malaysia?

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) bakal melancarkan model Passat R-Line tidak lama lagi, di mana ia akan diposisikan di atas varian Passat 2.0 TSI Elegance yang telah dilancarkan pada Januari lalu. Menerusi taklimat media secara dalam talian pagi tadi, pengarah urusan VPCM Erik Winter telah pun memberikan kiasan mengenainya.

Walau bagaimana pun, tiada perincian lain didedahkan, namun Passat R-Line dijangka menerima bampar hadapan dan belakang yang lebih bergaya, berkemungkinan turut menampilkan dua corong ekzos palsu. Logo R-Line turut ditampilkan, namun rodanya masih sama dengan yang dipadankan pada 2.0 TSI Elegance iaitu rekaan pelbagai-jejari Liverpool kelabu 18-inci, yang dibaluti tayar Continental ContiContact MC5 235/45.

Bagi penjana kuasanya, dijangkakan masih sama dengan Passat Elegance iaitu unit 2.0 liter empat-silinder TSI dengan 190 PS dan tork 320 Nm. Di mana ia adalah kurang 30 PS dan 30 Nm berbanding varian 2.0 Highline.

Bagi memastikan harganya kompetitif, Passat R-Line ini mungkin tidak ditawarkan dengan sistem pacuan semua-roda Volkswagen 4Motion. Ia akan mengekalkan pacuan roda-hadapan, dan didatangkan dengan kotak gear DSG tujuh-kelajuan klac-kering DQ318 secara standard. Tidak juga dinyatakan adakah ia akan ditawarkan dengan Dynamic Chassis Control (DCC) atau pun XDS electronic differential lock.

Bagi ciri lain, dijangkakan ia akan menampilkan lampu utama LED IQ Light, lampu kabus LED, dan lampu belakang LED. Selain itu, ciri lain termasuklah roda stereng tiga-jejari balutan kulit dengan lencana R-Line, kluster instrumen digital yang dipertingkatkan serta sistem infotainmen Discover Pro 9.2-inci dengan Wireless App Connect dan upholstery kulit.

Bukan itu sahaja, ia turut menampilkan kawalan suhu automatik tiga-zon, tiga port USB-C, dan sistem bunyi standard dengan lapan-speaker seperti mana Passat Elegance. Dan tidak dipastikan adakah jam analog juga akan ditampilkan, kena nantikan bila ia tiba kelak di Malaysia.

GALERI: Volkswagen Passat R-Line spesifikasi Eropah

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required