BMW S1000RR dilancar untuk Malaysia – RM116,500

BMW S1000RR dilancar untuk Malaysia – RM116,500

November tahun lalu, BMW Motorrad Malaysia telah melancarkan model terbaru S1000RR, yang dilengkapi M Package pada harga RM138,500. Kini, model sama, tetapi tanpa pakej aksesori prestasi tersebut diperkenalkan pada harga yang lebih murah iaitu RM116,500 bersama jaminan serta bantuan tepi jalan selama tiga tahun.

Walaupun merupakan versi yang lebih rendah, kebanyakan perincian asas S1000RR baru ini adalah sama seperti yang dilengkapi dengan M Package, termasuk enjin empat silinder selari 999 cc ShiftCam 207 hp pada 13,500 rpm dan tork 113 Nm pada 11,000 rpm yang digabungkan bersama transmisi enam kelajuan dan penukar gear HP Shift Assistant Pro.

Superbike ini juga dilengkapi dengan empat mod tunggangan iaitu Rain, Road, Dynamic dan Dynamic Pro, dengan setiap satu mod memberikan maklum balas penyampaian kuasa yang berbeza serta pelarasan Dynamic Traction Control (DTC) dan ABS Pro yang bersesuaian. Hill Start Control pula membantu apabila mula bergerak di atas bukit, manakala bahagian pemegang dipasang dengan stabiliser yang boleh dilaras.

Bahagian instrumen S1000RR baru ini menggunakan skrin TFT 6.5 inci yang boleh dikawal menggunakan butang yang terdapat di bahagian kiri pemegang. Ia juga sudah dilengkapi dengan Connectivity yang membenarkan sambungan kepada telefon pintar dan membolehkan penunggang menjawab panggilan dan mendengar muzik. Apabila disambung dengan BMW Connected App pula, ia boleh menunjukkan data serta statistik motosikal.

Kelengkapan lain pada model ini adalah kerangka Flex Frame, penutup tempat duduk belakang, lampu hadapan dan belakang LED, fork USD 45 mm dengan pelarasan preload spring, lantunan serta mampatan, monoshock dengan pelarasan pelarasan sama, brek cakera berkembar 320 mm dengan angkup empat piston di hadapan, cakera tunggal 220 mm dan angkup satu piston di belakang, serta berat basah 197 kg (versi M Package mempunyai berat 193.5 kg).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required