Tan Chong Motor Assemblies terima bil tuntutan sebanyak RM180.1 juta daripada jabatan kastam

Tan Chong Motor Assemblies terima bil tuntutan sebanyak RM180.1 juta daripada jabatan kastam

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah menghantar bil tuntutan bagi duti eksais sebanyak RM180.1 juta kepada Tan Chong Motor Assemblies Sdn Bhd (TCMA), anak syarikat Tan Chong Motor Holdings Bhd (TCMH). Bil tersebut adalah bagi tempoh bermula 1 November 2016 hingga 31 Oktober 2019.

Menerusi kenyataannya kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata, “TCMA tidak mengakui sebarang liabiliti terhadap tuntutan yang dibuat JKDM itu dan akan mengambil langkah sewajarnya setelah mendapatkan nasihat lebih lanjut mengenai perkara berkenaan.

“Syarikat akan memaklumkan segala perkembangan terkini mengenai perkara ini dari semasa ke semasa,” katanya seperti mana yang turut dilaporkan oleh The Edge.

TCMA mula beroperasi pada 1976 dengan kilang pemasangan pertamanya di Segambut, Kuala Lumpur dan kemudian satu lagi kilang dibina di Serendah, Selangor pada 2007.

Dengan beroperasi lebih 40 tahun, TCMA mengeluarkan lebih satu juta kenderaan pelbagai jenis termasuk kenderaan penumpang dan komersial seperti Nissan, Renault, Subaru, Mitsubishi, UD Trucks, Foton dan trak Bison.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required