Harga minyak 30 Mei-6 Jun – semua naik lagi

Harga minyak 30 Mei-6 Jun – semua naik lagi

Harga runcit bagi ketiga-tiga bahan api utama di negara ini dilaporkan bakal mengalami penungkatan harga bagi minggu bertarikh 30 Mei hingga 6 Jun 2020.

Bagi petrol RON 97, harganya naik sebanyak 5 sen seliter iaitu daripada RM1.68 kepada RM1.73 seliter. Begitu juga dengan harga runcit bagi RON 95 yang turut mengalami kenaikan sebanyak 5 sen, kini menjadi RM1.43 seliter, berbanding RM1.38 seliter pada minggu sebelumnya.

Untuk diesel pula, harganya naik lebih banyak iaitu 10 sen, kini menjadi RM1.61 seliter bagi Euro 2M, dan RM1.71 seliter untuk Euro 5. Kesemua harga baharu ini efektif mulai 12 tengah malam ini sehinggalah Jumaat hadapan, 6 Jun 2020.

Kementerian Kewangan Malaysia masih memberikan alasan yang sama bagi kenaikan harga ini, seperti mana minggu sebelum ini iaitu disebabkan oleh peningkatan harga minyak yang diproses (refined product), selari dengan harga minyak mentah dunia.

Walau bagaimana pun, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required