Prasarana jangka lebih 10% pertambahan penumpang bagi LRT laluan Kelana Jaya dengan set tren baharu

Prasarana jangka lebih 10% pertambahan penumpang bagi LRT laluan Kelana Jaya dengan set tren baharu

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menjangkakan lebih 10% pertambahan penumpang bagi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya menerusi penggunaan 27 set tren baharu Bombardier Innovia Metro 300.

Menurut Pengerusi Prasarana Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, setakat ini, pihaknya telah menerima tiga set tren tersebut dan bakinya akan diterima secara berperingkat sehingga 2023.

“Dua set tren telah diperoleh dan sedang dalam proses pemasangan di Westport, Pelabuhan Klang. Kita jangka satu set tren ini akan beroperasi pada hujung tahun ini manakala dua set lagi masih dalam perjalanan menggunakan perkhidmatan kapal laut,” katanya seperti dilaporkan oleh Bernama.

Semalam, tren baharu tersebut tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah mencatat sejarah sebagai yang pertama dihantar melalui pesawat kargo awam terbesar dunia, Antonov An124-100.

“Sebelum ini, tren-tren buatan Bombardier dihantar ke negara ini menggunakan kapal laut yang memakan masa dua bulan sebelum sampai di Pelabuhan Klang,” katanya.

Kini LRT laluan Kelana Jaya beroperasi dengan kapasiti 84 tren termasuk 35 tren dua gerabak untuk menampung lebih 300,000 penumpang sehari. Bagi tren empat gerabak, ia boleh menampung kapasiti lebih 900 penumpang manakala tren dua gerabak boleh menampung lebih 200 orang.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required