Nissan Kicks e-Power dilancar di Indonesia – RM126k

Nissan Kicks e-Power dilancar di Indonesia – RM126k

Nissan Kicks e-Power versi facelift kini telahpun dilancarkan di Indonesia, kira-kira empat bulan selepas ia muncul di Thailand. Model berkenaan dilancarkan dalam satu acara maya yang disiarkan melalui saluran Youtube Nissan Motor Indonesia petang semalam, dengan harga 449 juta rupiah (RM126k).

Sama seperti di Jepun dan Thailand, Kicks e-Power hanya didatangkan dengan satu sistem janaan kuasa sahaja. Ini terdiri daripada enjin petrol HR12DE 1.2 liter tiga-silinder dengan kuasa 79 PS dan 103 Nm yang membekalkan tenaga kepada bateri 1.57 kWh yang diletakkan di bawah tempat duduk depan.

Ini kemudiannya menyediakan kuasa untuk motor elektrik dengan output kuasanya 95 kW, atau bersamaan dengan 129 PS dan 260 Nm tork. E-Motor ini memacu roda hadapan, perlu difahami bahawa enjin pembakaran dalaman yang ada itu hanya bertindak sebagai “range extender” sahaja dalam konfigurasi ini.

Nissan Kicks e-Power dilancar di Indonesia – RM126k

Sama seperti model Leaf ketika ini, SUV kompak segmen B ini menggunakan sistem shift-by-wire dan fungsi One-Pedal untuk memecut dan memperlahankan kenderaan. Empat mod pemanduan disediakan; Smart, Eco, Normal dan EV.

Model Kicks di sana turut menerima Nissan Safety Shield secara standard, dengan fungsi yang terdiri daripada kawalan melayar pintar, amaran perlanggaran depan, sistem brek kecemasan, amaran titik buta, kamera sekeliling dengan pengesanan objek bergerak, amaran lintasan trafik belakang serta bantuan mula mendaki.

Setiap pembelian datang dengan jaminan tiga-tahun atau 100,000 km. Memandangkan Indonesia sudah menerima model ini, kita di Malaysia macam mana? Sebelum ini, memang Edaran Tan Chong ada perancangan untuk bawa masuk Kicks ke pasaran Malaysia, selepas memperkenalkan Almera. Tetapi tidak dinyatakan sama ada kita akan turut menerima versi e-Power atau tidak.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required