Menteri sahkan kenderaan yang cukai jalan tamat tempoh kurang tiga tahun tidak perlu ke Puspakom

Menteri sahkan kenderaan yang cukai jalan tamat tempoh kurang tiga tahun tidak perlu ke Puspakom

Beberapa hari lalu, tular di laman media sosial berhubung surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung dengan motosikal dan kereta persendirian yang Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) atau pun cukai jalan yang tamat tempoh tidak lebih 36 bulan atau tiga tahun, boleh membuat pembaharuan tanpa perlu menjalani pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), berkuatkuasa hari ini.

Semalam Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong telah mengesahkan perkara ini dan berkata kerajaan membuat keputusan itu selepas mengambil kira permintaan pemilik kenderaan yang mahu diberi kelonggaran memandangkan ada yang menghadapi kekangan kewangan untuk pemeriksaan kenderaan di Puspakom dalam situasi pandemik COVID-19.

Menurutnya, berdasarkan rekod, terdapat lebih 4.27 juta kenderaan yang dikesan telah tamat cukai jalan dalam tempoh satu hingga tiga tahun.

“Pemilik kenderaan yang cukai jalan atau LKM luput dalam tempoh kurang tiga tahun atau 36 bulan boleh terus buat pembaharuan,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

Sebelum ini, kenderaan persendirian yang tamat LKM dalam tempoh setahun perlu menjalani pemeriksaan kenderaan di Puspakom sebelum dibenarkan memperbaharui cukai jalan dengan kos pemeriksaan ditanggung pemilik kenderaan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required