VIDEO : Polis keluarkan saman terhadap bapa yang biarkan anaknya berusia 9 tahun pandu kereta

Hari ini satu video telah tular di laman media sosial yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun memandu sebuah kereta Proton Saga secara bersendirian. Menerusi video tersebut, berdasarkan perbualan dengan seorang lelaki, kanak-kanak terbabit mendakwa dia diajar memandu oleh bapanya.

Akibat kejadian tersebut, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah menjalankan siasatan dan berjaya menjejaki kereta dan kanak-kanak berkenaan yang menetap di Rembau, Negeri Sembilan.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau DSP Anuar Bakri Abdul Salam, bapa kanak-kanak berkenaan telah dikenakan tindakan saman mengikut Seksyen 111 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Saman berkenaan dikeluarkan berikutan tindakan membenarkan kenderaan lelaki berkenaan dipandu oleh pemandu bawah umur.

“Bertindak atas maklumat, polis telah menjalankan siasatan dan berjaya mengesan kereta dan kanak-kanak berkenaan. Siasatan awal mendapati kanak-kanak yang berusia sembilan tahun itu memandu kereta tersebut tanpa kebenaran dan pengetahuan bapanya yang berusia 47 tahun di Kampung Bongek,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

VIDEO : Polis keluarkan saman terhadap bapa yang biarkan anaknya berusia 9 tahun pandu kereta

Beliau berkata satu laporan polis juga dibuat dan kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan pengabaian terhadap kanak-kanak yang disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau.

“Polis mengucapkan terima kasih atas keprihatinan masyarakat terhadap isu ini dan berharap agar masyarakat sentiasa menyalurkan maklumat kepada kami,” katanya.

Diharap dengan kejadian ini dapat memberikan pengajaran buat ibu bapa untuk tidak membenarkan anak-anak di bawah umur dan tidak memiliki lesen daripada memandu kenderaan. Bukan sekadar ia salah di sisi undang-undang, malah boleh mendatangkan bahaya terhadap kanak-kanak itu sendiri dan juga mungkin boleh membabitkan keselamatan orang lain.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required