PKPB di Sabah mulai 13-26 Okt 2020; turut melibatkan Selangor, KL dan Putrajaya bermula 14-27 Okt 2020

PKPB di Sabah mulai 13-26 Okt 2020; turut melibatkan Selangor, KL dan Putrajaya bermula 14-27 Okt 2020

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri baru saja mengumumkan, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bakal dilaksanakan di seluruh Sabah mulai 12.01 tengah malam pada 13 hingga 26 Oktober ini. Malah beliau turut memaklumkan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya juga akan melaksanakan PKPB mulai jam 12.01 tengah malam 14 hingga 27 Oktober 2020.

Menurut garisan keselamatan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), aktiviti yang dilarang termasuklah pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

Selain itu, hanya dua orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan. Manakala semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.

Turut dimaklumkan, sepanjang tempoh berkenaan juga, semua masjid dan surau serta rumah ibadat bukan Islam ditutup. Malah semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan dan pertunangan adalah tidak dibenarkan. Begitu juga dengan pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan beroperasi.

Walau bagaimanapun, sepanjang tempoh berkenaan, semua kegiatan ekonomi, industri dan perkilangan di Sabah, Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Senarai prosedur operasi standard (SOP) selanjutnya dan lebih terperinci akan diumumkan oleh MKN dalam masa terdekat.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required