Kementerian Kewangan telah memaklumkan, bagi minggu bertarikh 24 hingga 30 Oktober 2020, harga runcit bagi petrol RON 97 dan RON 95 bakal turun masing-masing sebanyak 4 sen seliter.

Di mana harga runcit RON97 bakal menjadi RM1.94 seliter berbanding RM1.98 seliter pada minggu sebelum ini. Manakala bagi RON 95 pula, daripada RM1.68 seliter kepada RM1.64 seliter.

Walau bagaimana pun harga runcit diesel kekal pada paras RM1.74 seliter bagi gred Euro 2M dan RM1.84 seliter untuk Euro 5.

Kesemua harga baharu ini akan efektif mulai 12.01 tengahmalam ini sehinggalah Jumaat hadapan, 30 Oktober 2020.