Tesla bukan pengeluar automotif sebenar – bos Toyota

Tesla bukan pengeluar automotif sebenar – bos Toyota

Presiden Toyota, Akio Toyoda mengatakan bahawa pengeluar-pengeluar automotif dari Jepun adalah pembuat kereta sebenar, manakala Tesla pula bukan, lapor Bloomberg.

Toyoda berkata demikian dalam responnya terhadap nilai pasaran Tesla yang kini lebih tinggi dari kesemua tujuh pengeluar automotif Jepun yang digabungkan, dan mendakwa syarikatnya dan jenama-jenama senegara yang lain mampu memberikan pilihan produk yang lebih komprehensif.

“Kami kalah dalam harga pasaran, tetapi berkenaan produk, kami mempunyai menu penuh yang boleh dipilih oleh pelanggan,” kata Toyoda.

“Mereka tidak menghasilkan sesuatu yang benar, orang ramai hanya membeli resipi. Kami mempunyai dapur dan chef, dan kami menghasilkan makanan yang sebenar,” sambung Toyoda lagi dengan lebih tambahan analogi makanan bagi mengaitkan perkara ini.

Tesla bukan pengeluar automotif sebenar – bos Toyota

Walau bagaimanapun, Akio Toyota menyatakan bahawa Toyota boleh belajar dari Tesla bagaimana untuk mendapatkan keuntungan dari kemaskini perisian, penggunaan kuasa yang boleh diperbaharui, dan juga pengurangan pencemaran CO2, tulis laporan berkenaan.

Julai lalu, Tesla telah memintas Toyota untuk menjadi jenama kereta paling bernilai di dunia dari segi harga pasaran saham. Tesla dinilaikan pada US$205 bilion (RM878.5 bilion) manakala Toyota pula pada US$200 bilion (RM857.1 bilion) dalam harga permodalan saham ketika itu.

Tahun lalu, Tesla telah menjual sebanyak 367,500 kenderaan, atau hanya 3.4% dari jumlah keseluruhan 10.74 juta kenderaan yang dihasilkan oleh Toyota sepanjang 2019, lapor Bloomberg lagi.

Walaupun Toyota menjadi jenama pertama di dunia yang menghasilkan kereta hybrid untuk pasaran besar, ia masih dilihat lambat untuk masuk ke dunia kereta elektrik sepenuhnya. Tahun lalu, Toyota telah pun memperkenalkan pasangan C-HR EV dan juga Izoa, iaitu crossover dengan kuasa elektrik sepenuhnya untuk pasaran China.

Tesla bukan pengeluar automotif sebenar – bos Toyota

Toyota juga kini sedang melipat gandakan usaha pembangunan dan pengeluaran kereta elektrik sepenuhnya, menerusi kerjasama dengan jenama automotif China iaitu BYD untuk menghasilkan model-model EV, dengan syarikat yang dinamakan BYD Toyota EV Company yang telah dijadualkan bermula Mei lalu.

Tahun lalu juga Toyota telah dilaporkan merancang untuk melabur sebanyak US$2 bilion (RM8.26 bilion) untuk produksi EV di Indonesia dengan rancangan selama empat tahun, bermula dengan pembangunan kereta hibrid.

Pada Januari, Nikkei Asia melaporkan bahawa Toyota merancang untuk menjual sebanyak 500,000 kenderaan elektrik menjelang 2025, manakala CEO Tesla, Elon Musk pula mengatakan bahawa syarikatnya “mampu menjual berberapa juta kereta setahun” dalam tempoh lebih kurang sama, menurut Bloomberg.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required