Rapid KL, MRT percuma untuk OKU hujung minggu ini

Rapid KL, MRT percuma untuk OKU hujung minggu ini

Sempena dengan Hari OKU Kebangsaan minggu ini, Prasarana akan menyediakan perkhidmatan percuma kepada mereka yang kelainan keupayaan fizikal yang menaiki tren Rapid KL hujung minggu ini (5-6 Disember).

Ini sah bagi semua jajaran laluan Rapid KL termasuk LRT Ampang/Sri Petaling, LRT Kelana Jaya, MRT Kajang dan Monorail. Tawaran ini sah bagi semua warga negara Malaysia yang mempunyai kad OKU rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti. Seorang pembantu bagi OKU berkenaan juga layak menikmati perkhidmatan tersebut secara percuma.

“Prasarana selalu peka dengan keperluan OKU dan akan terus bekerjasama dengan kelompok berkenaan melalui kementerian untuk menambahbaik keselesaan golongan mereka ketika menggunakan perkhidmatan kami. Selain daripada promosi ini, Prasarana memang sudah memberikan diskaun 50% kepada OKU,” jelas kenyataan rasmi yang dikeluarkan.

Prasarana juga menambah, syarikat itu telah menaiktaraf kemudahan di bawah seliaannya termasuk bas dan keretapi supaya menjadi lebih mesra OKU. Ini merujuk kepada LRT Ampang yang dinaik taraf pada 2012, yang kini telah dilengkapi lift, serta bahagian platform lebih mesra kerusi roda. Begitu juga dengan naiktaraf stesen-stesen Monorail, sementara kemudahan MRT memang sudah direka untuk tujuan itu dari awal.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required