LPT 2 Sdn Bhd telah menyampaikan sumbangan berupa dua unit SUV Mitsubishi Outlander kepada Polis DiRaja malaysia (PDRM). Ia bertujuan untuk membantu pihak berkuasa bagi menjalankan penguatkuasaan undang-undang, pemantauan dan rondaan di lebuh raya dengan lebih efektif di lebuh raya terbabit.

Selain itu, ia juga membuktikan kerjasama yang erat di antara LPT 2 dan polis dalam membantu orang ramai menikmati perjalanan yang selamat pada setiap masa, ujar Zakaria Ahmad Zabidi, Pengarah syarikat konsesi yang mengendalikan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

Menurut Zakaria, pihaknya menjangkakan orang ramai bakalmengambil peluang untuk bercuti atau pulang ke kampung di Pantai Timur pada cuti hujung minggu dan hujung tahun berikutan pengumuman Kerajaan membenarkan kembali perjalanan rentas negeri bermula 7 Disember lalu. Ini bakal melonjakkan semula jumlah trafik yang menggunakan lebuhraya terbabit sepanjang 184 kilometer bermula dari Jabor hinggalah ke Kuala Terengganu.

Tambahnya lagi, penyerahan kenderaan tersebut kepada pihak polis ini merupakan inisiatif LPT 2 untuk membantu pihak berkuasa bagi menjalankan penguatkuasaan undang-undang, pemantauan dan rondaan di lebuh raya dengan lebih efektif di lebuhraya terbabit. Ia juga membuktikan kerjasama yang erat di antara LPT 2 dan Polis dalam membantu orang ramai menikmati perjalanan yang selamat pada setiap masa.

“Pendekatan yang diambil oleh LPT2 termasuk kolaborasi bersama PDRM menerusi Unit Pemantauan Lebuhraya dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri menyaksikan kadar kemalangan yang berlaku di LPT2 telah menurun sebanyak 31% di antara 2016 hingga 2019. Oleh itu, dengan sumbangan kenderaan ini, LPT 2 yakin ia dapat membantu pemantauan yang lebih efisien serta meningkatkan lagi tahap keselamatan di lebuh raya.

LPT 2 juga melihat kepada aspek penguatkuasaan undang-undang di bawah pendekatan 3E iaitu Enforcement (Penguatkuasaan), Engineering (Kejuruteraan) dan Education (Pendidikan) untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan di lebuh raya.

“Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak LPT 2 atas sumbangan 2 buah unit kenderaan bagi kegunaan dan rondaan Penguatkuasaan kepada PDRM. Kami percaya, dengan sumbangan kenderaan kepada PDRM untuk kali kedua ini dapat membantu pihak berkuasa untuk memastikan keselamatan pengguna lebuh raya dengan menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang di LPT2 dengan lebih baik dan berkesan,” jelas SAC Dato’ Mohd Nazri Hussain, Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawasan Lalulintas/Pengurusan Saman), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, PDRM.

Sambungnya lagi, “PDRM dan LPT 2 akan terus bekerjasama dalam memastikan aspek keselamatan serta sebarang aktiviti jenayah dan pelanggaran kesalahan lalulintas dapat dikurangkan bagi memastikan pengguna lebuh raya berasa selamat ketika menggunakan lebuh raya LPT2.”

Pada tahun 2017, LPT 2 juga telah menyumbang dua buah kenderaan rondaan Mitsubishi GT Lancer kepada PDRM untuk rondaan di lebuh raya terbabit.