K’jaan perlu laksana dasar ‘sifar jalan berlubang’ bagi jamin keselamatan pengguna jalan raya – Lee

K’jaan perlu laksana dasar ‘sifar jalan berlubang’ bagi jamin keselamatan pengguna jalan raya – Lee

Semalam Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin telah memuat naik status di Twitter mengenai insiden yang dialaminya susulan terbabit kemalangan di Banting, Selangor apabila basikal ditunggangnya terbalik, selepas tayar hadapan terperosok dalam lubang.

Melalui gambar dimuat dan status di Twitter, Khairy dilihat mengalami beberapa kecederaan ringan pada muka berikutan terhumban pada bahu jalan. Malahan difahamkan, Khairy tidak dapat memberikan perincian lanjut kerana mengalami kesan hilang ingatan sementara, selepas terpaksa ditempatkan di hospital semalaman.

Susulan kejadian ini, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengeluarkan kenyataan memohon maaf kepada menteri terbabit di atas kejadian yang menimpanya. Malah dengan pantas terus menurap kembali jalan yang berlubang tersebut.

Perkara ini telah mengundang perhatian netizen yang rata-ratanya menyelar permohonan maaf JKR tersebut kerana sebelum ini sudah banyak kejadian yang berlaku menimpa rakyat marhaen sehingga ada yang kehilangan nyawa. Namun keadaan jalan raya di Malaysia masih menyedihkan, banyak yang berlubang dan rosak teruk, tetapi tidak mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak berwajib.

K’jaan perlu laksana dasar ‘sifar jalan berlubang’ bagi jamin keselamatan pengguna jalan raya – Lee

Bukan itu sahaja, ia turut mendapat perhatian Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye yang berpendapat, sudah tiba masanya kerajaan melaksana dasar ‘sifar jalan berlubang’ bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya, laporan Berita Harian.

Menurutnya, dasar itu dijangka dapat mengurangkan kadar kemalangan berpunca daripada jalan berlubang.

“Isu ini sebenarnya membabitkan penyelenggaraan jalan yang tidak memuaskan. Antara kelemahan yang berlaku ialah kualiti penurapan jalan dilaksanakan kontraktor tidak mengikut standard sepatutnya. Bukan itu saja, sikap tidak mengamalkan budaya keselamatan dalam kalangan masyarakat turut menyumbang masalah ini.

“Untuk mengatasi perkara ini, pihak berkuasa perlu mewujudkan satu pasukan yang menjalankan rondaan di setiap kawasan. Ini dapat mengenal pasti lokasi jalan berlubang dan tindakan segera boleh diambil,” katanya sambil menambah pihak berkuasa perlu memantau kualiti turapan jalan oleh kontraktor.

K’jaan perlu laksana dasar ‘sifar jalan berlubang’ bagi jamin keselamatan pengguna jalan raya – Lee

“Setiap jalan berlubang diturap seperti ‘melepaskan batuk di tangga’. Ini menjadikan penurapan itu sia-sia dan akan rosak semula dalam tempoh singkat. Pihak berkuasa harus memastikan jalan diturap dengan sempurna, kualiti bahan digunakan mematuhi standard dan tidak mudah rosak, supaya jalan tidak senang berlubang,” katanya.

Beliau turut mengulas mengenai insiden yang menimpa Khairu, katanya, tindakan JKR memohon maaf dalam masa kurang 24 jam kepada Ahli Parlimen Rembau itu seolah-olah membawa mesej yang silap.

“Saya berasa pelik berkenaan dengan isu kemalangan membabitkan menteri itu yang mendapat perhatian segera daripada JKR. Walhal, terdapat banyak kes kemalangan sebelum ini membabitkan kecederaan dan kematian tetapi dipandang sepi oleh JKR.

K’jaan perlu laksana dasar ‘sifar jalan berlubang’ bagi jamin keselamatan pengguna jalan raya – Lee

“Tiada langsung kenyataan maaf sekiranya yang terbabit kemalangan bukan seorang menteri. Ini membawa mesej yang berat sebelah. Seolah-olah JKR tidak kisah kehidupan rakyat biasa tetapi pilih kasih kepada menteri,” katanya.

Tambahnya lagi, semua jabatan atau badan yang berkhidmat untuk rakyat seharusnya bersifat adil kepada semua lapisan masyarakat tanpa perlu mengira status seseorang.

“Sudah menjadi satu tanggungjawab terhadap semua pihak untuk memastikan penyelenggaraan yang baik di semua tempat sama ada di bandar, mahupun luar bandar. Kerajaan seharusnya memastikan jalan raya sentiasa selamat untuk dilalui bukan saja menteri tetapi semua manusia,” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • MOHD AZMI BIN YUSOFF on Dec 29, 2020 at 11:19 am

    Jalanraya Timur Barat yang menghubungkan Gerik dengan Jeli dalam keadaan yang amat menyedihkan terutama laluan selepas Hentian R&R Titiwangsa ke Jeli.
    Jalan ini merupakan laluan utama yang menghubungkan pengguna dari Pantai Barat dan Pantai Timur Semenanjung.
    Keadaan jalan ini dipenuhi dengan lubang dan tar yang diturap yang mana ianya tidak rata dan cukup membahayakan pengguna jalanraya dan boleh mengakibatkan kerosakan kepada kenderaaa dan juga kemalangan.
    Oleh itu saya menharapkan Pihak yang berkenaan supaya memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan yang secepat mungkin.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required