PKP 2.0: Pembaharuan lesen memandu, cukai jalan kenderaan persendirian dikecuali mulai 1 Feb-31 Mac

PKP 2.0: Pembaharuan lesen memandu, cukai jalan kenderaan persendirian dikecuali mulai 1 Feb-31 Mac

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengumumkan pembaharuan Lesen Memandu Kompeten (CDL, tidak termasuk Lesen Vokasional) dan Lesen Kenderaan Motor (cukai jalan, tidak termasuk kenderaan perdagangan) bagi kenderaan persendirian yang tamat tempoh, sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Kedua (PKP 2.0), dikecualikan mulai 1 Februari hingga 31 Mac 2021. Perkara ini dilaksanakan di seluruh negara kecuali Sarawak.

Ini berikutan perkhidmatan operasi di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di Sabah dan Sarawak telah dihadkan susulan pelaksanaan PKP mulai 13 Januari lalu.

Menurut kenyataan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong, perkhidmatan yang disediakan pada ketika ini hanyalah untuk urusan berkaitan kenderaan perdagangan dan Lesen Vokasional (GDL dan PSV) sahaja. Dalam masa yang sama, orang ramai digalakkan untuk menggunakan platform atas talian yang disediakan oleh JPJ dan rakan kerjasama bagi tujuan memperbaharui LKM dan CDL.

PKP 2.0: Pembaharuan lesen memandu, cukai jalan kenderaan persendirian dikecuali mulai 1 Feb-31 Mac

“Walau bagaimana, atas dasar keprihatinan rintihan rakyat yang sukar untuk membuat urusan berkenaan dan juga bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), maka MOT mengambil keputusan untuk memperkenalkan semula pengecualian bagi tujuan pembaharuan LKM dan CDL dalam tempoh PKP 2.0 ini iaitu berkuatkuasa 1 Februari hingga 31 Mac ini,” ujar Dr. Wee.

Sambungnya lagi, “Namun, para pemandu hendaklah memastikan kenderaan mereka memiliki perlindungan insurans yang sah dan menunjukkan salinan sijil perlindungan (e-cover note insurance) mereka kepada anggota penguatkuasa trafik sekiranya diminta.”

Dr Wee turut menambah, pemegang LKM dan CDL yang telah/bakal tamat tempoh, hendaklah memperbaharui lesen masing-masing dalam masa 30 hari selepas tempoh pengecualian diberikan iaitu sehingga 30 April 2021.

PKP 2.0: Pembaharuan lesen memandu, cukai jalan kenderaan persendirian dikecuali mulai 1 Feb-31 Mac

“Namun demikian, pengecualian ini tidak diberikan kepada pemilik Kenderaan Perdagangan dan pemegang Lesen Vokasional (GDL dan PSV) kerana perkhidmatan pembaharuan yang berkaitan masih dibenarkan di bawah Jadual Perkhidmatan Perlu (Essential Services) merujuk kepada Jadual Peraturan 3.

“Pembaharuan untuk perkhidmatan ini boleh dilakukan di semua kaunter atau cawangan JPJ, APAD dan LPKP di seluruh negara di sepanjang tempoh PKP 2.0 ini. Malahan semua pusat pemeriksaan Puspakom juga beroperasi seperti biasa bagi tujuan menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan pembaharuan ini,” ujar Dr. Wee lagi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Roslan Saadin on Jan 30, 2021 at 7:52 pm

    Secara automatik bila Lkm tamat tempoh insuran kenderaan(Cover insurance) pun akan luput sama bagi yg memperbaharui Lkm mereka dlm tempoh setahun kecuali lah bagi yg memperbaharui Lkm nya dlm tempoh 6 bulan. Jadi kenderaan tersebut boleh kah menggunakan jalan raya tanpa Lkm dan Cover insuran e?

    Like or Dislike: Thumb up 9 Thumb down 29
  • FAHMIE on Mar 03, 2021 at 4:49 pm

    Nice

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • firdaus on Mar 28, 2021 at 2:05 am

    saya pemegang lesen cdl motorsikal dan saya kena saman dengan polis pada tarikh 21.3.2021 kerana lesen saya tamat tempoh dan pada surat saman saya dikenekan kesalahan tiada lesen memandu apakah yang saya perlu lakukan sedangkan ketika itu pembaharuan lesen dikecualikan

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
    • Afifah on Apr 01, 2021 at 10:59 am

      Saya pernah bertanya pada pihak JPJ. Mereka jelaskan kepada saya bahawa dal tempoh ini, mereka akan check insurans kenderaan. Jadi, pastikan insurans kenderaan dalam keadaan sah tempoh/aktif.

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Siti rohaya on Apr 04, 2021 at 9:47 am

    Bolehkan saya perbaharui cukai jalan sekarang, insuran telah pun saya perbaharui sebelum 31 mac 21 dan boleh urusan ini dilakukan di pejabat pos sahaja pada hari ahad

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Ghalisam Abd Rani on Apr 14, 2021 at 2:17 pm

    Bila sy boleh perbaharui cukai jln yg akan tamat tempoh 28/4/2021??

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • LEE ENG HOOK on Apr 22, 2021 at 1:03 pm

    MY SUGGESTION IS SINCE MOST SECTOR OF ECONOMIC ACTIVITIES HAS RESUME OPERATION. WHY NOT CONSIDER RENEW OUR ROAD TAX AT JPJ OFFICE NATIONAL WIDE NOW TO AVOID LATER ON CROWED AND QUEUE UP TO RENEW ROAD TAX AND IT MAY CREAT ADDITIONAL CLUSTER TRANMISSION OF VIRUS AT JPJ. THANK YOU.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required