Honda CONNECT dilancarkan di Malaysia – ditampilkan pada City RS e-HEV mulai Mac 2021

Honda CONNECT dilancarkan di Malaysia – ditampilkan pada  City RS e-HEV mulai Mac 2021

Honda Malaysia telah melancarkan teknologi termaju dan inovatif terkini yang dinamakan sebagai Honda CONNECT. Mengaplikasikan Teknologi Telematik pintar, Honda CONNECT ini membolehkan pengguna untuk berhubung dengan kenderaan mereka dengan sentuhan di hujung jari menerusi aplikasi telefon bimbit. Ia membawakan ketersambungan tahap terkini untuk pemilik kereta Honda dan memiliki fungsi untuk keselamatan dan kemudahan yang lebih optimum.

Fungsi utama bagi Teknologi Telematik pada Honda CONNECT ini meliputi Diagnostik Kenderaan, Aplikasi Kawalan Jauh, Aplikasi Keselamatan, Pengesanan Kenderaan dan Servis Sokongan – semuanya bertujuan memudahkan para pemilik untuk mengakses kenderaan mereka. – selain memberikan ketenangan minda, kemudahan dan keseronokan memiliki kereta Honda.

Menueur Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, Toichi Ishiyama, “Teknologi Honda CONNECT ini merangkumi visi Honda bagi mobiliti dan kehidupan. Ia didorong oleh semangat untuk berkonsgo kegembiraan Honda melalui teknologi pintar dan canggih ini. Kami sentiasa berusaha untuk mengadakan ptaform maklumat yang inovatif dan maju dengan memberikan pelbagai faedah seperti ketenangan fikiran, kemudahan dan paling penting, keseronokan.

“Teknologi Honda CONNECT akan tersedia dalam varian City RS e-HEV yang bakal dihantar kepada pelanggan mulai Mac 2021.”

Honda CONNECT dilancarkan di Malaysia – ditampilkan pada  City RS e-HEV mulai Mac 2021

Honda CONNECT dilengkapi dengan Sistem Pengesanan Pelanggaran Automatik, Pengesanan Bunyi Keselamatan, Amaran Kelajuan, Find My Car, Geo-Fancing Alert dan Panggilan Kecemasan.

Bagi Sistem Pengesanan Pelanggaran Automatik, ia memberikan sokongan pantas kepada pemandu menerusi Pusat Panggilan Bantuan Tepi Jalan 24 Jam Honda bagi kes kemalangan atau pun jika beg udara terbuka. Di mana notifikasi akan dihantar ke Pusat panggilan dan bantuan kecemasan akan terus dihantar. Pengguna Honda CONNECT juga akan diberikan makluman menerusi push notification yang ada pada aplikasi apabila pelanggaran dapat dikesan dan bantuan akan disalurkan jika ada kecemasan.

Manakala Pengesan Bunyi Keselamatan pula menampilkan ciri pemantauan secara kawalan bagi situasi kereta di mana jua pemandu berada dan push notification juga akan dihantar kepada pengguna menerusi Pusat Panggilan Bantuan Tepi Jalan 24 Jam Honda, ini termasuklah sekiranya pintu kereta, bonet atau hud hadapan dikesan dibuka secara paksaan. Ini menandakan kebarangkalian kereta mungkin sedang berhadapan dengan risiko kecurian dan bunyi keselamatan akan mengesannya.

Selain itu, pemilik juga dapat mencari lokasi yang selamat untuk meletak kereta mereka menerusi fungsi Honda CONNECT, di mana pengguna boleh memarkir kereta dan mengesannya dengan mudah menerusi peta yang disambung ke telefon pintar mereka.

Bagi Amaran Kelajuan dan Geo-Fencing Alert pula merupakan fungsi yang akan memaklumkan pengguna apabila kereta dipandu keluar dari parameter bersyarat yang ditetapkan atau melebihi had laju. Ia berfungsi untuk memastikan keselamatan kenderaan dan pemandu, sekaligsu mencegah kebarangkalian berlakunya kemalangan. Pemandu boleh menetapkan kecepatan dan jarak lokasi dalam sistem bagi tujuan pemantauan sekiranya kenderaan tersebut digunakan oleh orang lain.

Bukan itu sahaja, Honda CONNECT juga menampilkan beberapa ciri lain termasuk Kawalan Kenderaan Jarak Jauh, Status Kereta dan Pengingatan Penyelenggaraan, serta Vehicle Dashboard and Point of Interest (POI).Salah satu fungsi yang paling berguna dalam Honda CONNECT ialah Kawalan Kenderaan Jarak Jauh di mana ia membolehkan pengguna mengunci atau membuka kunci pada jarak jauh.

Selain itu, pengguna juga boleh menghubungi Pusat Panggilan Bantuan Tepi Jalan 24 Jam Honda sekiranya kunci tertinggal di dalam kereta. Selain penguncian kereta, ciri pintar tersebut juga boleh digunakan untuk menghidupkan atau mematikan enjin kereta, menghidupkan atau mematikan pendingin hawa serta menghidupkan suis lampu bagi membantu pengguna mengesan kereta yang diparkir pada waktu malam.

Papan pemuka kenderaan turut memaparkan informasi kereta termasuk Status Kereta dan Pengingatan Penyelenggaraa. Informasi ini turut disambnungkan dan dipaparkan pada aplikasi Honda CONNECT bagi kemudahan pemandu. Fungsi panggilan kecemasan juga ditampilkan bagi membolehkan pengguna berhubung secara lebih pantas sekiranya ada hal kecemasan bagi mendapatkan bantuan. Perilaku Pemanduan dan Trip Log untuk mengesan dan merekod gaya pemanduan dengan data pemanduan turut ditampilkan.

Manakala bagi fungsi Pengingatan Penyelenggaran pula akan memberikan kemaskini kepada pengguna tentang semua informasi penyelenggaraan terdahulu termasuk memberikan pengingatan untuk penyelenggaraan akan datang. Pengguna boleh menyemak Sejarah Penyelenggaraan, Senarai Alat Ganti dan Kos Anggaran untuk penyelenggaraan yang akan datang serta menghubungi pengedar Honda untuk membuat temujanji penyelenggaraan.

Bagi Sokongan Diagnostik Kawalan Honda CONNECT, ia memberikan penilaian awal dan diagnosis yang diperlukan mengenai masalah yang dihadapi. Ia boleh mengesan apa jua masalah dengan 11 indikator utama, selepas itu Pusat Panggilan Bantuan Tepi Jalan 24 Jam Honda akan memberikan sebarang bantuan yang diperlukan sekiranya diminta oleh pemilik.

Push Notification juga akan dihantar kepada pengguna sekiranya terdapat masalah yang dikesan melalui lampu amaran. 11 indikator tersebut yang dikendalikan oleh Sokongan Diagnostik Kawalan Honda CONNECT termasuklah ABS, Supplemental Restraint System, Sistem Brek, Engine Malfunction, Charging System,, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Sistem Roda Stereng Elektrik (EPS), Sistem Bantuan Kekal Lorong. (LKAS), Sistem Kawalan Kelajuan Adaptif (ACC), Sokongan Keselamatan dan Sistem Kuasa.

Honda CONNECT turut menawarkan bentuk komunikasi termaju menerusi fungsi One-to-One Message, Social Network Services (SNS) Posting dan Customer Inquiry. Untuk ciri One-to-One Message, ia berfungsi bagi mengingatkan pengguna tentang penyelenggaran berjadual, membaharui insurans dan cukai jalan.

Sementara SNS pula membolehkan pengguna berkongsi log perjalanan kenderaan dengan komuniti mereka menerusi media sosial. Sebagai tambahan, aplikasi ini juga menyambungkan dan memberi akses kepada pemilik untuk berhubung terus dengan Honda untuk sebarang perkara yang diperlukan.

Untuk informasi lanjut mengenai platform teknologi termaju baharu ini, pelanggan boleh menghubungi Honda Malaysia di talian bebas tol 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Honda CONNECT.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required