KKM kesan 3,170 kes COVID-19 akibat rentas negeri sejak 1 Januari 2021 – Kedah catat angka tertinggi

KKM kesan 3,170 kes COVID-19 akibat rentas negeri sejak 1 Januari 2021 –  Kedah catat angka tertinggi

Mungkin ramai di antara kita yang kurang berpuas hati mengapa kerajaan masih meneruskan larangan pergerakan rentas negeri kecuali bagi mereka yang mendapat kebenaran daripada pihak polis. Ini jawapannya.

Semalam Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan sebanyak 3,170 kes COVID-19 akibat kegiatan merentas negeri atau dikenali sebagai Import B, sejak 1 Januari lalu.

Import B merujuk kepada kes COVID-19 yang dilaporkan di sesebuah negeri, namun dipercayai berpunca dari negeri lain disebabkan aktiviti merentas negeri.

Jelas beliau, daripada jumlah itu, Kedah mencatat angka tertinggi dengan 714 kes atau 22.5%, diikuti Perak 582 kes (18.4%) dan Negeri Sembilan 370 kes (11.7%), laporan Berita Harian.

KKM kesan 3,170 kes COVID-19 akibat rentas negeri sejak 1 Januari 2021 –  Kedah catat angka tertinggi

“Kes dan kluster rentas negeri bukan saja menyebabkan penularan COVID-19 ke kawasan Zon Hijau, malah aktiviti seperti pulang ke kampung halaman turut meningkatkan risiko jangkitan terhadap golongan rentan seperti warga emas serta kanak-kanak,” katanya.

Beliau menegaskan, walaupun negara sedang menunjukkan trend penurunan kes sejak beberapa minggu ini, rakyat tetap perlu sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) digariskan.

“Ini bagi memastikan semua usaha yang dilakukan tidak menjadi sia-sia, termasuk kepatuhan kepada larangan merentas negeri kecuali jika ada perkara penting dan perlu mendapat kebenaran daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Bagi negeri bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), pergerakan rentas negeri dibenarkan menerusi Program Gelembung Pelancongan Domestik yang membolehkan pelancong dari kawasan PKPP merentas ke negeri PKPP yang lain. Aktiviti itu tertakluk kepada SOP ketat, termasuk perlu melalui agensi pelancongan berdaftar bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya,” katanya.

KKM kesan 3,170 kes COVID-19 akibat rentas negeri sejak 1 Januari 2021 –  Kedah catat angka tertinggi

Tambah beliau lagi, kluster rentas negeri turut menunjukkan peningkatan sejak gelombang ketiga bermula pada 20 September lalu. Di mana kluster rentas negeri membabitkan kes indeks atau kes pertama dikesan mendapat jangkitan COVID-19 dari negeri lain dan seterusnya mengakibatkan penularan tempatan.

“Susulan peningkatan kluster rentas negeri, kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan larangan merentas negeri bermula 13 Januari lalu. Selepas larangan itu dilaksanakan selama beberapa bulan, pelaporan kes baharu harian negara membabitkan kluster rentas negeri mula menunjukkan penurunan secara konsisten.

“Kluster terakhir dilaporkan sebagai kluster rentas negeri ialah pada 30 Januari lalu, iaitu Kluster Tersat di Terengganu. Sebanyak 31 kluster rentas negeri dilaporkan sejak 7 Disember lalu dengan tiga masih aktif melaporkan kes, iaitu Kluster Tembok Mempaga, Kluster Tembok Bukit Besi dan Kluster Pasai,” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required