McLaren 765LT — kereta pelanggan pertama di M’sia; tambahan pilihan RM200k, RM1.7 juta sebelum cukai

McLaren 765LT — kereta pelanggan pertama di M’sia; tambahan pilihan RM200k, RM1.7 juta sebelum cukai

Enam bulan selepas membuat kemunculan pertama di sini, McLaren Kuala Lumpur kini mempamerkan unit pelanggan tempatan pertama bagi McLaren 765LT semalam. Ia hampir setahun selepas model berkenaan diperkenalkan untuk pasaran globalnya.

Bermula dari harga permulan RM1,488,000 (sebelum cukai dan duti), unit ini turut melibatkan kelengkapan pilihan bernilai RM200,000, menjadikan harganya sekitar RM1.7 juta. Tambahan padanya termasuklah cat Curacao Blue dan kemasan hitam berkilat bagi rim aloi ringan yang digunakan lengkap dengan nama 765LT dan tayar khas Pirelli P Zero Trofeo R.

Satu pilihan karbon yang dipilih ialah MSO Defined Roof Scoop, yang menghalakan aliran udara ke ruang enjin. Turut dipasang ialah ruang karbon pada lengkung tayar yang mengalirkan udara bertekanan tinggi dari dalam ruangan tayar berkenaan.

McLaren 765LT — kereta pelanggan pertama di M’sia; tambahan pilihan RM200k, RM1.7 juta sebelum cukai

Di dalam, 765LT ini datang dengan balutan kulit Carbon Black Alcantara dengan kontras jahitan McLaren Orange serta penanta kedudukan pukul 12 pada sterengnya. Turut dipertingkat ialah sistem bunyi Bowers & Wilkins dengan 12 pembesar suara yang menggantikan hanya empat bagi versi standard (menjimatkan juga 1.5 kg, tanpa kos tambahan).

Unit ini juga datang dengan pakej MSO Clubsport Pro, yang menggunakan brek lebih besar dengan angkup McLaren Orange, kemasan pendingin hawa satin karbon, tempat duduk lumba gentian karbon (dengan berat 3.35 kg setiap satu) dan palang harness titanium. Turut diberikan sekali ialah harness Salbelt enam-poin.

McLaren 765LT — kereta pelanggan pertama di M’sia; tambahan pilihan RM200k, RM1.7 juta sebelum cukai

Langkah penjimatan berat pada unit ini, termasuk pada rimnya (kurangkan 22 kg) berhasil mengurangkan sekitar 80 kg berbanding model standard biasa, menjadikan berat keseluruhan kereta ini 1,339 kg sahaja. Bagi unit janaan kuasa, kereta ini menggunakan enjin 4.0 liter turbo berkembar V8, dengan angka output 765 PS pada 7,500 rpm dan 800 Nm tork pada 5,500 rpm.

Ia digandingkan bersama transmisi klac berkembar tujuh-kelajuan dengan nisbah lebih pendek untuk memperbaiki pecutan. 0-100 km/j kereta ini dalam masa 2.8 saat sahaja. Sistem ekzos titaniumnya menjimatkan lagi sebanyak 3.8 kg berat dan menyumbang kepada kualiti keseluruhan lebih baik. Unit ini juga didatangkan dengan jaminan tiga-tahun, tanpa had perbatuan, dengan pilihan lanjutan perlindungan sehingga 12 tahun.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required