PDRM lancar portal, aplikasi mobil MyBayar Saman; diskaun saman hingga 50% dari 25 Mac-11 April 2021

PDRM lancar portal, aplikasi mobil MyBayar Saman; diskaun saman hingga 50% dari 25 Mac-11 April 2021

Sempena Hari Polis Ke-214, Polis DiRaja Malaysia menerusi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, melancarkan portal dan aplikasi mobil MyBayar Saman pada hari ini. Ia bakal disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador dalam majlis yang akan berlangsung pada tengahari ini.

Menurut PDRM, portal dan aplikasi terbabit adalah sebagai kemudahan kepada orang ramai untuk membayar saman trafik dengan lebih cepat dan pantas. Selain itu, ia adalah bagi menyokong dasar kerajaan melalui Pelan Strategik e-Pembayaran Sektor Awam dan Pelan Pelaksanaan Peningkatan Dalam Talian Kerajaan Secara End to End.

Selain itu, MyBayar Saman juga dilancarkan selaras dengan MYDIGITAL yang merupakan sebuah inisiatif kerajaan bagi menyediakan pilihan pembayaran tanpa tunai menjelang tahun 2022.

PDRM lancar portal, aplikasi mobil MyBayar Saman; diskaun saman hingga 50% dari 25 Mac-11 April 2021

Terdapat tiga langkah yang perlu diambil untuk menggunakan portal dan aplikasi berkenaan iaitu Pendaftaran, Semakan dan Pembayaran. Di mana menerusi Pendaftaran, pengguna perlu memasukkan maklumat diri yang diperlukan, isi pengesapan OTP dan login masuk portal/aplikasi berkenaan.

Menerusi Semakan pula, pengguna boleh menyemak saman yang hendak dibayar. Notifikasi saman juga akan dipaparkan sekiranya mempunyai saman baharu. Seterusnya pengguna boleh memilih mod transaksi dalam laman Pembayaran untuk melangsaikan saman terbabit.

Daftarlah sebagai pengguna MyBayar Saman melalui portal https://mybayar.rmp.gov.my atau aplikasi di Google playstore atau Apple store.

PDRM lancar portal, aplikasi mobil MyBayar Saman; diskaun saman hingga 50% dari 25 Mac-11 April 2021

JSPT juga memaklumkan sempena dengan Hari Polis ke 214 dan juga pelancaran portal dan aplikasi MySaman ini, kempen pengurangan bayaran saman trafik sehingga 50% turut diberikan (tertakluk pada terma dan syarat) mulai 25 Mac (hari ini sehinggalah 11 April 2021 sekiranya pengguna memilih untuk melunaskan pembayaran saman menerusi portal dan aplikasi terbabit.

Untuk menggunakan MyBayar Saman, anda boleh melayari portal https://mybayar.rmp.gov.my atau memuat turun aplikasi menerusi Google playstore atau Apple store.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Paul Tey on Mar 25, 2021 at 10:42 am

    Start today can pay summon 50% but no app available on Google Play Store and Apple App Store. Also online portal website register new account need verify OTP send to handphone number but tried many times never receive any OTP at all.

    Like or Dislike: Thumb up 11 Thumb down 0
  • Azuwan on Mar 25, 2021 at 11:26 am

    Bayard saman

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Ahmad albab on Mar 25, 2021 at 11:27 am

    Salam.. boleh info tak..jika ada waran boleh bayar di apps juga ke???

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • MATHURAIVEERAN A/L R.KERISNAN on Mar 25, 2021 at 12:04 pm

    Start today can pay summon 50% but no app available on Google Play Store and Apple App Store. Also online portal website register new account need verify OTP send to handphone number but tried many times never receive any OTP at all.

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
    • siti rahim on Mar 26, 2021 at 1:08 am

      yes sane like me.. cannot do anything still waiting otp no.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • me received OTP but when want to pay still pending awaiting upgrading the system payment

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Najmuni on Mar 25, 2021 at 12:08 pm

    Sistem masih belum OK. Nombor OTP tidak dihantar ke nombor telefon bimbit yang diberikan walaupun dibuat lebih dari 5 kali.

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  • Hazslidza Binti Ishak on Mar 25, 2021 at 3:03 pm

    Serius, mudah sangat guna MyBayar Saman ni, selesai semua saman. Thanks memudahkan kerja kami. :)

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 6
  • Langgat ak jantan on Mar 25, 2021 at 9:41 pm

    Sangat mudah

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Arumugam Kathirasan on Mar 25, 2021 at 10:24 pm

    Hmmm.saya pun dah registered app and Dalam sesawang online tetapi Rasa nya bukan semua Saman 50 peratus diskaun….Dan Ada Yang tahu lebih lanjut tentang diskaun Tu…tolong guide ya

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • NG NAM HENG on Mar 25, 2021 at 10:34 pm

    Untuk buat Bayaran Saman Muda.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • yg blacklist & warrant xde diskaun pun, nak byr pun asyik error je

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Abd rajid bin majid on Apr 06, 2021 at 7:19 pm

    Bayar saman

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Fadly on May 22, 2021 at 2:10 pm

    Check saman

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • ZAKIAH AZIZ on Dec 09, 2021 at 11:06 am

    Bolehkah seseorang yang mempunyai mysaman tolong bayarkan saman untuk orang lain

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required