Kadar kecurian kenderaan di Malaysia turun 37% pada tahun 2020 – 7,400 kes dilapor, 11,675 pada 2019

Kadar kecurian kenderaan di Malaysia turun 37% pada tahun 2020 – 7,400 kes dilapor, 11,675 pada 2019

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh The Star, jumlah kenderaan yang dicuri tahun lepas menurun berbanding tahun 2019, dan ini mungkin disebabkan oleh kawalan pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Melihat kepada data Lembaga Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia (VTREC) pula, secara puratanya 20 buah kenderaan dicuri dalam masa sehari pada tahun 2020, dan ini lebih rendah berbanding purata 32 kenderaan pada tahun sebelumnya (turun 37%).

Koordinator lembaga tesebut, Mas Tina Abdul Hamid berkata, 7,400 kes dilaporkan tahun lepas, berbanding 11,675 pada tahun 2019. “Menurut statistik daripada Insurance Services Malaysia, 3,993 motosikal, 2,981 kereta persendirian dan 426 kenderaan komersial dicuri tahun lepas,” kata beliau semasa pelancaran Kempen Kesedaran Awam Kecurian Kenderaan semalam.

Kadar kecurian kenderaan di Malaysia turun 37% pada tahun 2020 – 7,400 kes dilapor, 11,675 pada 2019

Bagi kereta biasa, Proton Wira sekali lagi menjadi model paling banyak dicuri, mungkin kerana digunakan untuk alat ganti. Pada tahun 2016, model ini telah menjadi pilihan paling banyak pencuri dan ia terus meningkat. Walaubagaimanapun, jumlah Wira yang dicuri tahun lepas menurun kepada 353 unit, berbanding 1,214 pada tahun 2016 dan 654 pada tahun 2017.

Beberapa model lain yang berada dalam carta 10 paling atas juga agak terkenal. Proton Iswara menjadi model kedua paling banyak dicuri tahun lepas, diikuti Toyota Hilux, Perodua Myvi, Perodua Kancil, Proton Saga, Proton Waja, Honda Civic, Honda City dan Toyota Vellfire.

Meskipun terdapat penurunan dalam jumlah kecurian kenderaan, polis berkata mereka masih akan meneruskan usaha membanteras jenayah itu secara berterusan. Timbalan Pengarah Risikan/Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Dev Kumar berkata, setiap tahun sindiket pencurian kenderaan menukar modus operandi mereka dan menggunakan alatan canggih untuk mencuri kenderaan.

Kadar kecurian kenderaan di Malaysia turun 37% pada tahun 2020 – 7,400 kes dilapor, 11,675 pada 2019

Beliau menambah, berdasarkan pemerhatian polis, kereta tempatan dicuri dan dileraikan untuk mendapatkan alat ganti sementara model buatan luar pula dihantar kepada pembeli di luar negara. Beliau mengingatkan orang awam supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah sepatutnya bagi memastikan kenderaan mereka selamat daripada pencuri.

“Memiliki ciri keselamatan tambahan, seperti kunci stereng dan pedal, serta kamera papan pemuka boleh bertindak sebagai pencegah. Sementara kami terus mengambil tindakan terhadap sindiket ini, orang awam juga perlu melakukan bahagian mereka dan tidak memberikan peluang mudah kepada pencuri yang boleh mengambil kesempatan,” jelas Dev.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required