Laluan dari Subang-Glenmarie ditutup selama 25 hari, laluan kontra di Persiaran Kerjaya dibuka – Polis

Laluan dari Subang-Glenmarie ditutup selama 25 hari, laluan kontra di Persiaran Kerjaya dibuka – Polis

Polis Daerah Shah Alam telah mengumumkan laluan dari Subang menghala ke Glenmarie ditutup sementara bermula hari ini berikutan kerja-kerja pengalihan utiliti paip gas di lokasi projek pembinaan LRT 3 di Jalan Persiaran Kerjaya, Seksyen U1. Penutupan laluan itu dijangka memakan masa selama 25 hari sehingga kerja-kerja pengalihan itu selesai.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, pihaknya menerima maklumat mengenai kerja pengalihan utiliti itu semalam dan difahamkan saluran paip itu adalah saluran utama bagi membekal gas asli ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya.

Beliau berkata, selepas perbincangan dibuat bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta mengambil kira faktor keselamatan pengguna jalan raya dan kawasan sekitar, pihak bomba menyarankan supaya menutup laluan dari arah Subang menghala ke Glenmarie.

“Untuk makluman, lokasi penutupan jalan ini adalah penghubung laluan utama dari Subang menghala ke Glenmarie. Sekiranya penutupan penuh dijalankan akan menyebabkan kesesakan teruk ke arah Lebuhraya Persekutuan menghala ke Shah Alam.

“Bagi mengelakkan kesesakan, laluan kontra akan dibuka bermula dari simpang tiga Temasya Kasih hingga ke Bangunan Palm Grove. Jarak laluan dua lokasi berkenaan adalah kira-kira 350 meter. Tempoh masa penutupan jalan dan pembukaan laluan kontra dijangka selama 25 hari (tempoh membaik pulih dijangka selesai),” katanya.

Tambah beliau, sepanjang tempoh itu, bantuan rondaan daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Shah Alam dan pihak MRT bagi menilai tahap kesesakan lalu lintas dan keselamatan pengguna jalan raya.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk memandu secara berhemah, patuhi isyarat lalu lintas dan berhati-hati ketika melalui laluan kontra terbabit,” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required