Honda Civic Type R facelift 2021 dilancar di Indonesia – teknikal dan imej dipertingkatkan, dari RM339k

Honda Civic Type R facelift 2021 dilancar di Indonesia – teknikal dan imej dipertingkatkan, dari RM339k

Selepas lebih setahun kemunculan sulungnya, Honda Civic Type R FK8 facelift telah dilancarkan di Indonesia, denganm menawarkan varian tunggal pada harga 1.177 bilion rupiah (RM339,282). Pembeli boleh memilih antara tiga warna, termasuk Rallye Red, Championship White dan Brilliant Sporty Blue Metallic.

Perubahan bagi model facelift ini termasuklah rombakan pada luaran, menyaksikan fin yang sama dengan warna badan, liang pengambilan udara tiruan yang besar dan corong pengudaraan pada bampar hadapan serta belakang. Gril juga telah dibentuk semula bagi memberikan penyejukan yang lebih baik untuk enjin 2.0 liter pengecas turbo empat-silinder VTEC, yang masih kekal menghamburkan kuasa pada 310 PS (306 hp) dan tork 400 Nm. Pacuan disalurkan ke roda hadapan menerusi transmisi manual enam-kelajuan.

Selain itu, dua unit brake rotor dan pad brek direka untuk mengurangkan kepudaran dan menambah baik brek ketika dalam kelajuan yang tinggi. Suspensi juga diperkemaskini bagi memantapkan lagi peredam adaptif, bushing belakang lebih keras dan sistem stereng ditala semula untuk memberikan keselesaan pengendalian.

Pemandu masih mempunyai tiga pilihan mod pemanduan – Comfort, Sport dan +R – yang boleh dipilih untuk mengubah karakteristik jentera, disertai dengan fungsi Active Sound Control yang menjana bunyi dalaman mengikut pemilihan mod pemanduan. Di dalamnya, model facelift ini menampilkan roda stereng balutan Alcantara baharu, bersama dengan shifter baharu yang menampilkan tombol gear yang direka semula serta penukaran shift yang lebih pendek.

Lain-lain ciri standard termasuklah pengecas telefon tanpa wayar baharu dan sistem pemantauan tekanan tayar. Selain itu, ciri yang dikekalkan termasuklah roda aloi 20-inci, tempat duduk dan pedal sport, kluster instrumen TFT tujuh-inci dengan beberapa paparan, kawalan suhu dwi-zon dan unit utama skrin sesentuh tujuh-inci.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required